Honda henti pembangunan robot humanoid Asimo

oleh Mohamad Hanif|
Honda menerusi laporan daripada Nikkei Asian Review menyatakan mereka akan menghentikan fasa pembangunan untuk Asimo, sebuah robot humanoid daripada Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun menurut Honda lagi, mereka akan meneruskan projek-projek yang berasaskan teknologi yang diaplikasikan daripada Asimo. 

Dengan cara ini, walaupun Asimo secara teknikalnya sebuah robot yang tidak hidup, mereka mampu meneruskan semangat Asimo di dalam bentuk teknologi yang serba baharu. 
 


Robot Asimo (Advanced Step in Innovative Mobility) ini merupakan sebuah robot yang dibangunkan oleh Honda pada tahun 2000 dan kini 'menetap' di musium Miraikan di Tokyo, Jepun. 

Dengan keupayaan yang hampir menyerupai manusia seperti mengesan pergerakan objek, postur, pergerakan badan, mengecam suara, malah robot ini juga mampu membalas apa yang dituturkan kepadanya, dan mengendalikan orkestra!

Antara teknologi menarik yang diaplikasikan daripada pembangunan robot Asimo ini termasuklah motosikal dengan teknologi imbang kendiri dan juga pembangunan kereta pandu sendiri (autonomous driving car) yang kini memasuki fasa seterusnya yang tidak melibatkan sebarang input daripada pemandu.