Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula sebagai penebat kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula jadi penebat kereta
Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula jadi penebat kereta
Penangan kereta elektrik (EV) hari ini memang hebat dan di sebalik itu ada yang mempersoalkan adakah ianya betul-betul mesra alam?

Bagi tujuan tersebut, beberapa pengeluar kereta menggunakan bahan kitar semula di dalam produk masing-masing.

Program sebegini sudah bermula dan tanpa menunggu EV sebagai contoh Honda menggunakan baju seragam pekerja yang dikitar semula untuk dijadikan penebat kereta.

Melalui pendekatan Triple Action to Zero, Honda mahu mencapai karbon neutral dalam kesemua produk dan aktiviti korporat menjelang 2050.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula jadi penebat kereta

 

Program kitar semula baju seragam melibatkan kerjasama di antara Honda dan pembekal baju seragam Aramark dan Cintas Corporation.

Turut terlibat pembekal bahan penebat, UGN Automotive dan syarikat kitar semula tekstil Leigh Fibers.

Baju seragam itu diambil dari pusat pengeluaran dan penyelidikan dan pembangunan Honda di Alabama, Indiana, Carolina Utara dan Ohio.

 

Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula jadi penebat kereta

 

Selepas diproses, bahan itu digunakan pada lima bahagian penebat yang berbeza di dalam sembilan model Honda dan empat model Acura di Amerika Utara.

Sejak program ini dilancarkan pada penghujung 2021, lebih daripada 172,365 kilogram baju seragam dikitar semula.

Berikut proses kitar semula baju seragam kepada penebat kereta:

  • Baju dibersihkan oleh pembekal pakaian seragam, Aramark di Honda Indiana dan Ohio dan Cintas Corporation di Honda Alabama dan Carolina Utara
  • Selepas dibersihkan, penilaian dibuat dan sekiranya tidak rosak baju dipulangkan semula kepada pekerja
  • Baju yang sesuai untuk dikitar dihantar kepada Leigh Fibers, sebuah syarikat khusus dalam pemprosesan semula dan mengadun bahan berasaskan gentian (fiber)
  • Baju dicarik kepada bahan yang memenuhi gred gentian untuk dijadikan penebat. Butang dan zip dicabut terlebih dahulu
  • Bahan itu diadun kepada campuran gentian dan diuji bagi memastikan bahan gentian memenuhi ukuran panjang gentian
  • Gentian yang siap diproses dihantar kepada pembekal penebat, UGN Automotive
  • UGN memproses gentian untuk menjadi penebat dan dihantar kembali ke kilang pengeluaran Honda
Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula jadi penebat kereta

 

Selain fabrik, Honda juga mengitar semula 3,000 tan botol PET setiap tahun atau bersamaan enam juta botol air untuk dijadikan penyerap bunyi kenderaan.

Satu lagi yang menarik ialah batuan gunung berapi yang diproses digunakan di dalam pelapik bumbung Honda Element 2003.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda guna baju seragam pekerja yang dikitar semula jadi penebat kereta

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…