Lampu hadapan jentera CRF250 RALLY ini menggunakan unit LED yang direka semula, sementara lampu membelok pula diberikan struktur cagak getah yang lebih fleksibel.
Antara perubahan yang dibawakan pada model tahun 2021 ini adalah talaan semula kepada nisbah kelajuan kotak gear untuk prestasi pecutan dan jelajah yang lebih baik, penambahan klac Assist/Slipper, pengurangan berat badan, pelana yang lebih lebar, tangki bahan api yang lebih besar (12.8 liter) dan paparan meter LCD baharu yang menampilkan indikasi posisi gear dan penggunaan bahan api.
Sistem suspensi CRF250 RALLY ini terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik 43 mm, dibantu dengan sistem suspensi Pro-Link di belakang, sementara kawalan pemberhentian pula mendapat bantuan brek anti-kunci ABS dua saluran sebagai ciri standard.
Ciri ABS untuk roda belakang pula boleh dimatikan untuk tunggangan off-road.
Pengurangan berat badan yang disebutkan itu tadi disumbangkan oleh penggunaan rangka dan lengan ayun baharu dengan penjimatan sehingga 5 kg.
Tempat duduk yang lebih lebar, serta tempat pemijak jenis getah pula menambahbaik kadar keselesaan tunggangan.