Honda CR-V baharu ditempah sebanyak 1,400 unit dalam tempoh seminggu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CR-V baharu ditempah sebanyak 1,400 unit dalam tempoh seminggu!
Honda CR-V baharu ditempah sebanyak 1,400 unit dalam tempoh seminggu!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Dengan sokongan pasaran tempatan, Honda Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaan mereka dalam misi mengejar jualan sebanyak 100,000 unit tahun ini.

Honda CR-V yang baru sahaja dilancarkan seminggu lalu telah ditempah sebanyak 1,400 unit.

Jumlah itu bersamaan sasaran jualan sebanyak dua bulan. Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 700 unit sebulan.

Dari empat varian yang ditawarkan, tempahan tertinggi ialah untuk varian paling mahal iaitu 1.5L Turbocharged Premium 2WD sebanyak 40 peratus.

Di kedudukan kedua ialah 1.5L Turbocharged 2WD dengan 31 peratus tempahan. Ketiga popular ialah 2.0L i-VTEC 2WD dengan 20 peratus dan paling rendah ialah 1.5L Turbocharged 4WD sebanyak 9 peratus.

Senario yang menarik memandangkan CR-V generasi terdahulu dikenali sebagai kenderaan 4WD urban.

Berdasarkan sambutan itu, Honda Malaysia berpendapat rakyat Malaysia semakin terbuka dalam menerima teknologi enjin turbo dan ia juga boleh dilihat melalui penerimaan terhadap Civic Turbo yang popular.

Untuk warna pula, Lunar Silver Metallic paling popular iaitu lebih dari 30 peratus tempahan diterima. Warna White Orchid Pearl juga popular dengan 27 peratus tempahan.

 

 

Selain Kuala Lumpur, CR-V baharu turut dilancarkan serentak di Kuching, Sarawak. Varian paling digemari di Timur Malaysia ialah 1.5L Turbocharged Premium 2WD dengan 38 peratus tempahan. Ciri-ciri CR-V baharu seperti 4WD, nadi kuasa dan ciri-ciri keselamatan adalah antara faktor SUV ini disukai di sana. 

Ini adalah kali kedua Honda Malaysia melancarkan kenderaan di Kuching selepas BR-V pada awal tahun ini. Ia ternyata diterima pasaran apabila setakat ini, jualan kenderaan Honda di Sabah dan Sarawak sudah melebihi 3,500 unit atau 6.6 peratus jualan keseluruhan pada separuh pertama 2017.

Dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu, peningkatan itu ialah sebanyak 48 peratus.

Susulan sambutan hangat yang diterima, Honda Malaysia memaklumkan bahawa tempoh menunggu CR-V baharu ialah di antara satu hingga dua bulan. Honda Malaysia mensasarkan untuk menyerahkan kesemua tempahan yang telah diterima menjelang September ini.

Salah satu sebab kenapa Honda CR-V ini begitu popular ialah pakejnya yang cemerlang dan canggih dan dipasarkan pada harga di bawah RM170,000 (tidak termasuk insurans).

Honda CR-V baharu dibekalkan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan. Harga bermula dari RM142,000 hingga RM165,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…