Honda Click 150i - Mampu cabar Yamaha NVX155?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang ini susah untuk menafikan bahawa Yamaha adalah jenama motosikal nombor satu di negara kita. Yamaha ibarat Honda untuk kereta, banyak model yang dipasarkan menjadi kegemaran ramai.

Lihat sahaja di atas jalan raya, model-model Yamaha seperti LC135, Y150R, Y15ZR (Y suku), NVX155, NMAX dan TYZ-R25 saling berselisih dengan banyak.

Macam biasa, model-model ini dipasarkan beberapa ketika selepas negara seperti Indonesia dan Thailand maka hangatlah juga laman sosial Yamaha menerima pertanyaan peminat tegar.

Jika lawan utama Honda dalam segmen kenderaan empat roda ialah Toyota maka lawan Yamaha dalam pengangkutan dua roda pula ialah Honda.

Persaingan di antara dua jenama ini begitu sengit namun dan ada yang juga suam-suam kuku seperti Yamaha YZF R25 dengan Honda CBR 250R. Saingan yang sedap disaksikan pula ialah di antara Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Honda Click 150i

 

Jika kedua-dua motosikal super moped ini bersaing hebat, bagaimana pula dengan satu lagi segmen popular iaitu skuter?

Pun bersaing juga iaitu di antaranya ialah Yamaha NMAX dan Honda PCX. Persaingan ini juga tidak hangat memandangkan harga PCX yang jauh lebih tinggi berbanding NMAX.

Jadi adakah Honda tutup buku?

Belum lagi memandangkan Honda baru sahaja melancarkan Vario 150 di Indonesia dan Honda Click 150i di Thailand. Ini adalah motosikal yang berbeza nama dan bukan spesifikasi.

Honda Thailand baru sahaja melancarkan Click 150i pada 2 Mei lalu bersama sebuah lagi model iaitu Click 125i.

 

Honda Click 150i

 

Kedua-dua skuter ini mempunyai reka bentuk sama cuma sesaran enjin saja berbeza. Skuter ini menggunakan enjin baharu eSP 150 cc sejukan cecair.

Honda Click 150i ini katanya skuter sport automatik paling berkuasa. Honda mendakwa enjin eSP ini cekap bahan api dan tahan lasak. Enjin Honda ini menggunakan single-overhead camshaft dan sistem penyejukan cecari.

Skuter sport ini turut didatangkan dengan beberapa item seperti lampu LED, Honda Smart Key yang boleh menjejak lokasi kenderaan dan juga boleh digunakan untuk mengelak dari kecurian. 

Meter digital pula memaparkan tahap minyak dan bateri serta peringatan menukar minyak enjin. Untuk tampak lebih sporti, lampu depan dipisahkan kepada dua bahagian dan mendominasi ruang fairing.

 

Honda Click 150i

 

Perkara lain ialah angkup brek merah, roda aloi besar dan tayar tanpa tiub bersaiz lebar untuk tunggangan lebih stabil.

Honda Click 150i dipasarkan dalam tiga warna iaitu kelabu, merah hitam dan kelabu hitam. Harga rasmi yang disyorkan ialah 60.200 baht atau RM 7,470.

Murah kan? Walau bagaimanapun spesifikasi motosikal perlu diambil kira sebelum dibuat kesimpulan. 

Agaknya Honda Click 150i ini masuk ke pasaran tempatan atau tidak?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…