Honda Civic UK kini dengan transmisi 9 kelajuan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini kami ada menerbitkan sebuah artikel tentang harga Honda Civic sedan di United Kingdom. Walaupun UK adalah pasaran yang besar dan maju, Honda baru sahaja memasarkan Civic di sana.

Ini ada satu lagi berita yang begitu menarik. Honda UK telah mengumumkan penawaran transmisi baharu untuk varian Civic 1.6 liter i-DTEC iaitu sembilan kelajuan automatik!

Sebelum bercakap tentang transmisi, Civic di UK juga istimewa kerana ia ditawarkan dengan enjin diesel i-DTEC yang lebih ekonomikal berbanding enjin petrol sama sesaran.

Berbalik semula kepada transmisi yang ditawarkan, sembilan kelajuan adalah suatu yang baharu dalam dunia automotif apatah lagi untuk pengeluar massa seperti Honda
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Civic UK kini dengan transmisi 9 kelajuan!

Dalam masa masih ada pengeluar global yang menawarkan transmisi empat kelajuan automatik, tawaran dari Honda ini boleh dianggap sebagai suatu yang hebat.

Menurut Honda, transmisi sembilan kelajuan ini menawarkan gabungan penggunaan minyak yang baik iaitu 68.9 batu/gelen atau 3.4l/100 km.

Transmisi ini juga ditawarkan untuk kesemua gred Civic sama ada model sedan atau hatchback.

Ini juga adalah kombinasi pertama enjin diesel dan transmisi automatik ditawarkan untuk Civic.

Apakah rasanya memandu dengan sembilan transmisi?

 

Honda Civic UK

 

Menurut Honda, sebaran gear yang banyak menyumbang kepada kecekapan di mana gear yang rendah memberikan pecutan lancar dan berkuasa manakala nisbah gear atas pula untuk kelajuan konsisten dan pada masa sama mengurangkan penggunaan minyak dan kebisingan. 

Sebaran sejumlah nisbah dalam kotak gear juga bermakna tukaran gear adalah lancar dengan rasa pecutan yang linear atau mendatar semasa proses pertukaran gear dilakukan. 

Berdasarkan pengalaman pandu uji kereta yang banyak jumlah gearnya, tukaran begitu lancar sehingga tidak disedari. Ini berbeza dengan transmisi konvensional yang seperti terperangkap dalam jumlah gear yang ditetapkan.

Contoh paling mudah ialah bagaimana gear dipecut dari satu gear ke satu gear sehingga habis dan rasa terhad.

 

Honda Civic UK

 

Transmisi dengan jumlah gear yang banyak pula terasa lancar dan kereta berasa selesa dipandu tanpa transmisi gopoh dalam menjalankan tugasnya.

Transmisi Civic ini berdasarkan kelajuan enjin dan aplikasi pedal minyak mampu untuk melangkau seleksi gear bagi memberikan respon yang pantas.

Sebagai contoh bertukar daripada gear kesembilan terus kepada gear kelima atau daripada gear ketujuh terus kepada gear keempat.

Gabungan transmisi dengan enjin 1.6 liter i-DTEC turbo ini pula suatu yang mantap. Ia menawarkan pecutan yang hebat tetapi dengan penjimatan minyak.

Enjin diesel turbo ini menghasilkan 120 PS pada 4,000 rpm dan tork 300 Nm pada 2,000 rpm.

 

Honda Civic UK

 

Pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 11 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j. Kadar pecutan ini biasa sahaja tetapi jumlah tork enjin ini yang menggagumkan.

Satu lagi perkara menarik tentang tawaran Civic di UK ialah, model hatchback dipasang di kilang Honda di Swindon iaitu kilang sama yang mengeluarkan Civic Type R manakala Civic Sedan pula dipasang di Turki.

Kilang di Turki tersebut bukan sahaja membekalkan Civic sedan untuk UK malah ke pasaran Eropah lain.

Dengan tawaran yang pelbagai daripada Civic Type R yang paling pantas di Nurburgring sehingga yang paling banyak gear seperti Civic i-DTEC ini bolehlah kiranya Civic diisytihar sebagai sedan paling agung di dunia.

Di kala semakin ramai yang beralih kepada SUV, Civic masih kekal sebagai pilihan popular.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…