Honda Civic Type R pecah rekod pusingan terpantas, untuk kali kelima tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sasaran Honda melengkapkan Type R Challenge 2018 kini telah berjaya menawan litar Hungaroring, terima kasih kepada bekas juara Formula 1 yang kini pemandu NSX Super GT, Jenson Button.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemandu dari British itu telah melengkapkan pusingan sejauh 4.83 km di dalam masa hanya 2 minit 10.19 saat, memecahkan rekod kelas pacuan roda hadapan yang dicatatkan oleh Honda Civic Type R 2016. 

 


Pernah memenangi perlumbaan Grand Prix di litar yang sama menggunakan jentera Honda pada 2006, Button 'terkejut' dengan pengendalian neutral dan seimbang yang ditawarkan oleh Civic Type R itu. 

"Dengan Honda Civic ini, saya boleh membrek dengan lewat tiap kali melintasi selekoh dan transmisi manual (kereta ini) sangat bagus, membolehkan saya lebih berhubung dengan kereta," tambah beliau. 

Kejayaan ini telah meletakkan rekod kelima di dalam cabaran Honda Civic Type R untuk memecahkan rekod terpantas di litar litar utama Eropah untuk tahun 2018.

Sebelum ini, Honda Civic Type R telah memecahkan rekod terpantas pusingan di litar Estoril  (2:01.84), Silverstone (2:31.32), Spa-Francorchamps (2:53.72) dan Magny-Cours (2:1.51), masing-masing menggunakan khidmat pemandu yang berbeza. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…