Honda Civic Type R kini dilancarkan-harga RM320,000

oleh DIANA ISMADI|
Model generasi terbaru Honda Civic Type R merupakan jentera yang telah ditunggu-tunggu oleh para pencintanya di seluruh pelusuk dunia, termasuklah Malaysia, dan kini ia telah tiba! Honda Malaysia kini secara rasminya telah melancarkan Honda Civic Type R dengan harga RM320,000 (tidak termasuk insurans). 

Jentera ini telah membuktikan kuasa dan prestasinya di litar lagenda dunia,  Nurburgrig, Jerman pada April 2017 dengan catatan masa tujuh minit 43.80 saat bagi pusingan di litar tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada majlis pelancaran yang berlangsung, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata "Di Honda, kami komited untuk menawarkan produk yang mempunyai nilai yang tinggi dan juga dengan teknologi terkini untuk memberikan keseronokkan kepada pelanggan kami". 

 

Civic Type R


Honda Civic Type R Turbo hatchback ini merupakan pengembangan dari generasi kesepuluh Honda Civic. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.0L VTEC Turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 310 PS dan tork maksimum 400 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan manual.

 

Civic Type R Careta


Unuk menawarkan keseronokkan pemanduan, jentera ini datang dengan tiga mod pemanduan iaitu +R, Sport dan Comfort. Kesemua tiga modr pemanduan ini mengawal sistem "Adaptive Damper" (ADS), Drive-by-Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), traction dan sistem brek. 

 

Civic Type R


Jentera ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-Lock Braking System (ABS), Traction Control, Electronic Brake Distribution (EBD), Dynamic Guidelines dan ia turut dilengkapi dengan ISO Fix serta enam beg udara.

 

Honda Civic Type R


Model yang diimport dari Swindon, United Kingdom dan enjin produksi di Anna, Ohio ini datang dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan pada jarak 10,000 km di mana-mana 20 Honda Sport Dealer seluruh negara. Sehingga kini, Honda Civic Type R telah menerima tempahan sebanyak 60 unit.  Untuk pasaran Malaysia, hanya satu pilihan warna iaitu  "Champion White" ditawarkan.

 

Interior Type R Civic

 

Civic Type R Engine


 

Honda Civic Type R

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…