Menurut laporan daripada CarAdvice, Honda Australia mengesahkan bahawa tempahan bagi Honda Civic Type R 2021 kini telah pun ditutup memandangkan produksi Civic Type R akan berakhir pada Julai ini, serentak dengan penutupan kilang Swindon, UK.
Tambah laporan itu lagi, penghantaran akhir Civic Type R 2021 dijangka tiba pada bulan hadapan, sementara sebuah pengedar mengesahkan stok Civic Type R dijangka tiba pada Mei/Jun dan Oktober/November.
Bagi mereka yang menantikan generasi baharu Civic Type R, model pengganti FK8 itu dijangka akan dilancarkan pada lewat tahun 2022.
Baca: Enam perkara yang anda perlu tahu pasal Honda Civic Type R 2022
Sumber: CarAdvice