Honda Civic Type R dibuka untuk tempahan, harga masih lagi misteri

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R Malaysia
Honda Civic Type R Malaysia
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah lama mengunci mulut tentang pertanyaan media dan umum mengenai model terhangat Civic Type R akhirnya Honda Malaysia mendedahkan kereta itu akan diimport secara rasmi dari United Kingdom. Lebih mengujakan ia akan dipasarkan tidak lama lagi dengan tempahan sudah pun dibuka untuk mereka yang berminat (dan berpoket tebal).

Selain reka bentuk yang begitu menyerlah, Civic Type R telah dinobatkan sebagai kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat di litar Nürbürgring, Jerman pada awal April lalu. Civic Type R juga adalah model pertama yang dibina untuk pasaran global.

 

Honda Civic Type R Malaysia

 

Type R ialah kereta legenda buat peminat Honda dan kereta berprestasi. Varian ini mula diperkenalkan 25 tahun lalu dan telah banyak mencipat sejarah. DNA pada Type R ialah ringan, prestasi dinamik dan ringkas dari segi mekanikal.

DNA tersebut dikekalkan pada Civic Type R baharu dan membolehkannya mencatat rekod terpantas di Nürbürgring.

Perubahan paling ketara pada Civic Type R baharu ialah ciri-ciri aeordinamik yang ditambah baik bagi memberikan lebih prestasi dan juga kestabilan pemanduan. Ciri-ciri baharu tersebut berjaya membantu dalam memperolehi rekod kelajuan yang lebih pantas berbanding Civic Type R Euro.

 

Honda Civic Type R Malaysia

 

Walaupun tampak seperti bersedia untuk membelasah litar, Civic Type R masih lagi sesuai untuk menggalas tugas pemanduan harian. Diasaskan dari Honda Civic Hatchback, Type R ini mempunyai 38 peratus ketegaran torsi (torsional stiffness) lebih berbanding Type R Euro.

Honda Civic Type R adalah lambang manifestasi semangat perlumbaan yang membina DNA Honda.

Berikut ialah spesifikasi Honda Civic Type R pasaran domestik Malaysia (MDM) secara umum (Civic Type R Indonesia sedikit berbeza dengan spesifikasi UK):

  • Enjin 2.0 liter VTEC Turbo berkuasa 310 PS dan tork 400Nm
  • Transmisi enam kelajuan manual yang dibangunkan Honda R&D untuk tukaran gear jitu
  • Tiga mod pemanduan - COMFORT, SPORT dan +R
  • Tiga mod itu mengubah tetapan Adaptive Damper System (ADS), Drive-by-Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA) dan sistem cengkaman dan brek
  • Setiap mod pemanduan memberikan keseimbangan di antara pemanduan dan pengendalian untuk pengalaman berbeza. Juga sesuai untuk pemanduan harian dan di litar
  • Honda R&D turut membangunkan sistem ekzos tiga muncung walaupun nampak pelik tetapi ada sebab tersendiri  
  • Pada kelajuan rendah hingga sederhana, ekzos mengeluarkan bunyi berkuasa manakala pada kelajuan tinggi atau di lebuh raya, sistem ekzos akan mengubah kepada bunyi yang lebih sopan supaya pemandu dan penumpang tidak terganggu  
  • Roda aloi 20 inci
  • Brek BREMBO

 

Honda Civic Type R Malaysia

 

Honda Civic Type R MDM seperti pasaran lain diimport sepenuhnya dari kilang Honda Swindon, UK manakala enjinnnya dibuat di kilang Honda Anna, Ohio, Amerika Syarikat.

Kereta hebat ini sudah boleh ditempah bermula sekarang di 21 bilik pameran Honda terpilih atau dipanggil Honda Sport Dealers.

Berikut ialah senarai bilik pameran Honda Sport Dealers:

No

Kawasan

Honda Sport Dealers

1

Tengah

Autoworld Asia Sdn Bhd

2

Tengah

Botanic Auto Mall Sdn Bhd

3

Tengah

Global Amity Sdn Bhd (Bangi)

4

Tengah

Kah Motor Co Sdn Bhd - Selayang

5

Tengah

Sri Utama Auto Sdn Bhd

6

Tengah

USJ Car Express Sdn Bhd

7

Tengah

MH Prestige Auto Sdn Bhd

8

Tengah

Peringgit Sri Motor Sdn Bhd

9

Tengah

Tenaga Setia Resources Sdn Bhd

10

Tengah

The Millenium Auto Carriage

11

Pantai Timur

Chuan Thye Motor Sdn Bhd

12

Pantai Timur

Syarikat Tan Eng Ann Sd Bhd

13

Timur Malaysia

Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd

14

Utara

Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd

15

Utara

Formula Venture Sdn Bhd

16

Utara

Kah Motor Co Sdn Bhd - Sg Pinang

17

Utara

Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd

18

Utara

Yooi Cars Sdn Bhd

19

Selatan

Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban)

20

Selatan

Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd

21

Selatan

Yong Ming Motor Sdn Bhd

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…