Honda Civic Type R bakal dijual di New Zealand

oleh Careta.my|
Honda-Civic-Type-R
Honda-Civic-Type-R
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peminat tempatan Honda Civic Type R mungkin menarik nafas yang dalam apabila membaca berita tentang kereta ini. Tidak perlu sampai ke Civic Type R, apabila baca mengenai Civic Hatchback 1.5 VTEC TURBO dijual di negara jiran pun sudah membuat hati menjadi sayu. Namun teruja tetap teruja apabila diberitakan pada awal minggu ini bahawa Civic Type R direkodkan sebagai kereta terpantas di Nürburgring, Jerman bagi kategori kereta produksi pacuan depan (FWD). Masa yang dicatatkan ialah 7 minit 43.80 saat di litar (bahagian utara) dengan jarak 20.76 km. Rekod baharu itu tujuh saat lebih pantas berbanding Euro Type R lama dan tiga saat di hadapan rekod kereta FWD yang dipegang sebelum ini. Honda Civic Type R 2017.06 Berita kedua yang menambah lagi keterujaan atau kesayuan peminat tempatan Type R ialah ia bakal di jual di New Zealand. Peminat Type R di NZ pula pasti bersorak ria dan ini boleh dilihat melalui nada pengesahan yang dibuat oleh Pengurus Besar Pemasaran, Honda NZ, Nadine Bell, "Kami sangat gembira untuk memaklumkan kepada peminat di NZ bahawa penantian lama tentang Type R bakal berakhir tidak lama lagi!." Honda Civic Type R menggunakan enjin 2.0L VTEC TURBO dan ia mempunyai casis yang 30 peratus lebih tegar (torsional rigidity) berbanding generasi sebelum ini. Honda Civic Type R 2017.04 Mod pemanduan juga menarik dengan tambahan +R khusus untuk pemanduan di litar lumba selain mod Comfort dan Sport untuk pemanduan di atas jalan raya biasa. Setiap seleksi mod pemanduan akan merubah talaan suspensi, kuasa stereng, tukaran gear dan respon pendikit. Selain daripada ciri-ciri berprestasi, Honda tidak alpa untuk melengkapi Civic Type R dengan pelbagai ciri keselamatan canggih seperti Collision Mitigation Braking (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keep Assist (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Adaptive Cruise Control (ACC), LaneWatch Camera dan Auto High-Beam (AHB). [gallery columns="4" ids="25653,25655,25654,25646"] Terdapat empat pilihan warna Type R yang ditawarkan iaitu Rallye Red, Crystal Black, Polished Metal dan semestinya warna identiti model legenda itu - Championship White. Pelanggan di NZ sudah boleh membuat pra tempahan dengan pengedar di sana dan harga akan diumumkan hampir kepada tarikh pelancaran nanti. Honda Civic Type R hanya mempunyai satu hab pengilangan di dunia iaitu di Swindon, United Kingdom dan ia dieksport ke serata dunia seperti di Eropah dan buat pertama kalinya dalam sejarah, ke Amerika Syarikat. Pasaran Jepun turut menerima Type R dari UK dan begitu juga dengan Malaysia. Penulis: Muhammad Md Tajudin