Honda Civic 'Telur' Bakal Kembali Sebagai EV!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Urban EV Concept
Honda Urban EV Concept
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Civic generasi kesepuluh nampaknya memateri Honda sebagai pengeluar kenderaan unggul. Walaupun Honda bukanlah pengeluar tiga teratas dunia namun kemampuan syarikat ini sangat membanggakan apatah lagi ia meneroka arus tanpa pakatan dengan pengeluar lain.

Namun dalam perlumbaan teknologi kenderaan elektrik, nama Honda agak tenggelam terutama sekali apabila beberapa negara Eropah sudah mula menetapkan tempoh masa bagi mengharamkan kereta yang dikuasakan enjin petrol dan diesel.

Honda bekerja dalam diam dan lebih fokus kepada selera Amerika Syarikat dan Asia.

Dan pada Pameran Kereta Frankfurt 2017 yang membuka tirainya semalam, Honda tanpa angin dan ribut mendedahkan kenderaan elektrik serba baharu yang nampak sesuai untuk semua tanpa reka bentuk pelik-pelik.

Kereta EV tersebut dipanggil Urban EV Concept. Menariknya bentuk kereta itu secara jelas mengambil inspirasi rekaan Honda Civic Hatchback (telur) generasi pertama yang berjaya meneroka pasaran AS dengan hebat pada tahun 70 an.

 

Honda Urban EV Concept

 

Urban EV Concept dibina berasaskan platform serba baharu dan ia membawa arah teknologi dan reka bentuk model EV Honda masa hadapan.

Menariknya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co., Takahiro Hachigo berkata "Ini bukanlah visi untuk suatu tempoh yang jauh dari masa sekarang, versi produk Urban EV Concept ini akan dilancarkan di Eropah pada tahun 2019."

Pengukuhan itu penting memandangkan pengeluar lain banyak bercerita tentang teknologi EV tetapi dengan produk yang lambat lagi akan dipasarkan.

Rekabentuk

Pendekatan yang diambil Honda ialah ringkas tetapi pada masa sama sofistikated. Model ini tampak rendah dan lebar yang memberikannya kedudukan maskulin serta lagak kenderaan sporti.

Kereta ini berada dalam segmen kompak dengan ukuran panjang 100 mm lebih pendek berbanding Honda Jazz.

Emblem yang digunakan diterangi warna biru sebagai lambang ia dikuasakan oleh tenaga elektrik.

Selain dari itu, gril pula dihiasi dengan paparan grafik untuk memberi ucapan, peringatan kepada pemandu lain dan juga kemaskini pengecasan bateri - ibarat papan informasi digital pula. Lebih bermanfaat jika diletakkan waktu solat semasa.

Bahagian depan kereta konsep ini mempunyai tiang A yang nipis dan cermin utama yang melebar mendominasi ruang. 

Ruang dalaman pula boleh memuatkan empat penumpang termasuk pemandu manakala skrin lebar yang memanjang itu hanyalah konsep sahaja dan tidak akan dipasangkan pada kereta sebenar.

Honda Power Manager

Honda tidak merancang untuk membina kenderaan elektrik sahaja tetapi merangkumi ekosistem teknologi tersebut. Melalui sistem pintar Honda Power Manager Concept, elektrik dijana oleh sumber yang boleh diperbaharui dan kemudiannya boleh disalurkan kepada kediaman atau memberi pulangan kewangan kepada pemilik apabila tenaga tersebut dijual kepada grid atau pembekal elektrik.

Bila hendak dijual?

 

Honda Urban EV Concept

 

Seperti yang dimaklumkan Takahiro Hachigo, model produksi EV Concept akan mula dijual di Eropah pada 2019 dan tiada berita lagi tentang pasaran lain.

Mungkin juga model ini nanti akan dijual di rantau sebelah ini berdasarkan polisi mesra alam kerajaan atau juga untuk menyaingi Nissan LEAF baharu yang sudah sah akan dijual di Malaysia pada tahun depan.

Menarik bukan memandangkan Honda mempunyai penjenamaan yang kuat di Malaysia. Mungkin juga ia bakal menjadi pencetus revolusi kenderaan elektrik di negara kita.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…
Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…