Honda City kekal kedudukan sebagai sedan paling popular - capai unit jualan ke-300,000!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia kini mengumumkan pencapaian terkini bagi penjualan model sedan segmen B Honda City yang mencapai unit yang ke-300,000 di Malaysia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bermula dari Januari sehingga Ogos 2018, penjualan Honda City menyumbang kepada 30% kepada jumlah keseluruhan jualan Honda Malaysia dan menguasai hampir 51% pegangan di dalam pasaran segmen B. 

Jumlah tersebut didapati meningkat sebanyak 16% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 sekaligus menjadikan Honda Malaysia kekal sebagai jenama bukan nasional nombor satu negara dan berada di kedudukan kedua dalam jumlah keseluruhan industri (TIV). 

Daripada jumlah tersebut, varian E menguasai pasaran sebanyak 44% diikuti oleh varian V (33%), manakala kawasan Sentral mencatatkan jumlah jualan tertinggi berjumlah 49% diikuti oleh kawasan Selatan (20%) dan Utara (19%). 

 

Populariti Honda City tidak dapat disangkal lagi sejak pengenalan generasi kedua Honda City pada tahun 2001 apabila jumlah jualan mencatatkan angka 61,000 unit, manakala generasi ketiga pula menggandakan lagi angka tersebut sehingga mencapai angka 85,000 unit Honda City telah terjual. 

Generasi keempat dan terkini Honda City terus mencatatkan peningkatan populariti di kalangan rakyat Malaysia dengan lebih 48,900 unit kereta telah terjual sehingga Ogos 2018.

Ketika diminta mengulas kejayaan yang dicapai oleh Honda City, Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "Kami berasa amat bangga kerana Honda City telah mencapai unit yang ke-300,000 setelah 17 tahun bertapak di Malaysia, membuktikan Honda City merupakan sedan pilihan rakyat Malaysia."

"Kejayaan ini tidak bermakna tanpa sokongan padu daripada para pelanggan kami, dan kami panjangkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap jenama kami," tambah beliau. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
  Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu. Mengikut…
Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…