Honda CBR 500R 2018 - agresif di luar, ada taman di dalam

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boon Siew Honda telah melancarkan produk-produk CB500 tiga serangkai yang dikemaskini untuk tahun 2018.

Careta diberi peluang untuk mencuba sebuah CB 500R dan menjemput seorang rakan untuk menunggang uji CBR ini. Fadzil Ishak, 45, berasal dari Perlis tetapi sekarang menetap di Masjid Tanah, Melaka.

Bertugas sebagai auditor dengan Sirim QAS International, Fadzil pernah memiliki hampir 10 buah superbike.  

 

mastana  king

 

Bermula dengan Kawasaki ZZR 250, Fadzil kemudian bertukar kepada sebuah ZX7. Seterusnya beliau bertukar-tukar superbike, termasuk Suzuki TL1000 R, Honda ST1100 dan pelbagai lagi.

Fadzil juga pernah dijemput menjadi "stunt rider" untuk produksi drama tempatan. 

Sekarang, Fadzil menggunakan sebuah CBR 250 untuk berulang alik dari Masjid Tanah ke pejabatnya di Shah Alam, dan sebuah CBR 600 untuk beriadah di selekoh-selekoh.

 

 

Berbalik kepada CBR 500R, varian 2018 mengekalkan corak yang agresif dengan pilihan tiga warna dan lampu-lampu LED depan dan belakang. Ajaibnya, website Boon Siew Honda mengatakan lampu hadapan ialah dari jenis halogen dengan LED DRL. Kami rasa lampu halogen tidak akan memberikan pencahayaan seputih dan seterang ini. 

 

front fork

 

Di samping itu, fork hadapan 41mm dan penyerap hentak Pro-link monoshock di belakang keduanya boleh dilaraskan, sesuatu yang menarik untuk motosikal dalam julat harga ini.

Enjin masih kekal 471 cc kembar selari DOHC dengan sejukan cecair, menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 44 Nm pada 7,000 rpm. 

 

 

Transmisi ialah 6-kelajuan dan brek pula ialah cakera tunggal "petal" di hadapan dan di belakang.

Harga CBR 500R tanpa ABS ialah RM31,681 dan jika ditambah ABS, harga akan menjadi RM35,179. Harga termasuk GST tetapi tanpa cukai jalan, insuran dan pendaftaran.

Waranti ialah 2-tahun atau 20,000 km dari Boon Siew Honda. Ada tiga warna pilihan - kuning, merah dan hitam.

Di bawah ialah nota Fadzil untuk CBR 500R ini.

 

 

- Rekabentuk CBR 500R ini ranggi dan moden. Ramai yang memuji kerana ia nampak seperti sebuah motosikal bernilai dua kali ganda dari harganya.

- Lampu hadapan dengan LED DRL itu memang menarik perhatian. Jiran siap keluar bertanya, motosikal jenama Itali berwarna merah ke itu? 

- Ia juga memberikan limpahan lampu yang sangat terang di waktu malam. Untuk Fadzil yang biasa dengan lampu halogen biasa, lampu CBR ini memang satu nikmat dunia.

 

 

- Laluan yang digunakan selain dari lebuhraya PLUS ialah jalan persekutuan di sekitar Ramuan Cina Besar, Pedas, Linggi, Masjid Tanah dan Bukit Kunyit.

- Posisi penunggangan tidak begitu agresif dan tidak begitu tegak. Malah, CBR 250 itu mempunyai posisi tunggangan yang lebih membongkok. Ia sebenarnya lebih kepada sebuah sports tourer.

- Pelana terasa sedikit keras, sehingga orang rumah Fadzil pun komplen (maaf, beliau sudah berpunya tetapi masih sudi menerima rakan penpal).

 

 

- Paparan meter digital juga mudah dibaca, cuma tidak ada tolok suhu dan tidak ada paparan kedudukan gear.

- Posisi butang horn dan lampu isyarat mengelirukan. CBR 500R ini mempunyai butang horn di atas, maka selalulah tertekan horn bila hendak memberi isyarat membelok.

- Transmisi lancar dan tidak ada masalah false-neutral. Gear 1 pendek dan penunggang akan cepat-cepat naik ke gear 2. 

 

 

- Gear 6 masih sebuah working-gear. Ia cukup kuat untuk memotong, tanpa perlu menurunkan gear. Ini menjadikan motosikal ini lebih mudah dan rileks ditunggang.

- Di dalam kesesakan bandar, cukup berada di dalam gear 3 dan 4. Tidak perlu menukar gear selalu. 

- Klac juga sangat mudah digunakan dan tidak terasa kenyal.

 

 

- Sayang sekali, pendikit terasa sensitif dan menyukarkan penunggangan perlahan di dalam trafik. Mungkin perlukan masa untuk biasa dengan cara pendikit itu berfungsi kerana sekarang ini, kami asyik terlebih pulas dan mengakibatkan motosikal terlompat-lompat.

- Tiada masalah untuk naik ke 160 kmsj. Halaju maksimum ialah dalam 190 kmsj (berat penunggang ialah 63 kg). 

- Gegaran juga masih boleh diterima; tidak begitu mengganggu.

 

 

- Sistem gantungan terasa lembut dan selesa, tetapi tidak terlalu lembut sehingga membuai semasa melayan selekoh-selekoh pendek dan laju. Cuma selekoh panjang, ia akan berbuai di bahagian belakang. Mungkin setup perlu ditukar untuk berat penunggang.

- CBR 500R ini sesuai untuk penunggangan harian, cuma lebih afdal ditambah dengan top box, pannier serta windscreen tinggi.

 

 

- Penggunaan bahan api nampak menjimatkan dari tangki sebesar 16.7 liter itu. Terus terang, tidak sempat untuk membuat perbandingan bahan api secara tepat kerana dalam masa seminggu, pelbagai cara tunggangan dilakukan.

- Secara keseluruhan, Fadzil merasakan ia adalah sebuah motosikal yang serba boleh, tidak banyak karenah, mudah untuk disesuaikan (kecuali butang horn itu), memaafkan (untuk penunggang baharu) dan selesa.

- Walaupun CBR 500R ini nampak agresif di luar, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri siri CB500 itu. Untuk tunggangan harian, keselesaan lebih diutamakan dan ia juga datang dalam pakej harga yang lebih mampu milik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…