Honda BR-V sangat laris - Sasaran setahun tercapai dalam masa 6 bulan sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda BR-V sangat laris - Sasaran setahun tercapai dalam masa 6 bulan sahaja!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Honda Malaysia telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila crossover tujuh tempat duduk BR-V mencatat jualan hampir 11 ribu unit dalam masa hanya enam bulan dilancarkan.

Lebih menarik, jumlah itu sebenarnya sudah melebihi sasaran jualan 2017 berjumlah 10 ribu unit.

Dengan capaian tersebut, Honda mensasarkan untuk menjual sebanyak 15 ribu unit tahun ini memandangkan 2017 masih lagi berbaki lima bulan.

Berdasarkan jumlah tempahan, varian V mendahului jualan dengan dominasi sebanyak 80 peratus manakala bakinya dari varian E. 

Warna yang paling digemari secara turutan pula ialah Taffeta White (27 peratus), Modern Steel Metallic (25 peratus), Dark Ruby Red Pearl, Golden Brown Metallic dan Lunar Silver Metallice pula masing-masing berkongsi di antara 16 peratus hingga 17 peratus.

Dari segi lokasi, permintaan paling tinggi ialah dari Lembah Klang sebanyak 44 peratus dengan wilayah Selatan sebanyak 20 peratus dan wilayah Utara sebanyak 18 peratus.

Satu lagi fakta menarik apabila BR-V turut diterima baik di Timur Malaysia dengan 10 peratus jualan berbanding enam peratus sasaran awal. Malah BR-V menguasai 34 peratus dari jumlah keseluruhan jualan Honda di Timur Malaysia.

Salah satu faktor penyumbang ialah jarak kelegaan BR-V yang tampak sesuai dengan pelbagai bentuk muka bumi dan ruang serta praktikaliti pada crossover terbaru Honda itu.

Kajian dalaman juga mendapati purata pembeli BR-V adalah mereka yang menaik taraf dari kenderaan nasional dan pembeli kenderaan bukan nasional yang mahukan sesuatu lebih besar mengikut kemampuan yang ada susulan pertambahan ahli keluarga.

Lagi fakta menarik ialah 14 peratus pelanggan adalah pembeli kenderaan pertama yang didorong oleh pelbagai ciri menarik pada BR-V seperti harga, penggunaan minyak ekonomikal dan rekabentuk sporti.

Susulan sambutan hangat yang diterima, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh penghantaran BR-V ialah di antara satu hingga dua bulan. 

BR-V ialah model yang dibangun khusus oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran ASEAN. Ia juga merupakan model pertama HRAP yang dipasarkan di negara ini. BR-V dilengkapi enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan bersama transmisi CVT.

Honda BR-V 1.5E dipasarkan pada harga RM 83,210.00 manakala varian V pada RM 90,010.00 (di atas jalan tanpa insurans).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…