Honda BR-V N7X Edition 2024 rasmi di Indonesia, inspirasi rekaan N7X Concept

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran acara Indonesia International Motor Show (IIMS) 2024, PT Honda Prospect Motor telah melancarkan sebuah model edisi khas BR-V N7X Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti namanya yang diberikan, rekaan luaran MPV tiga baris tempat duduk ini diinspirasikan daripada model konsep Honda N7X yang diperlihatkan tiga tahun lepas.
 

N7X


Antara perubahan yang dibawakan termasuklah kemasan krom pada bahagian jeriji dan bampar hadapan, emblem N7X Edition, rim aloi hitam bersaiz 17 inci, serta kemasan hitam berkilat pada arka roda, jeriji hadapan dan spoiler pintu belakang.

Selain daripada itu, BR-V N7X ini juga didatangkan dengan spoiler sisi, serta spoiler bahagian bawah bampar belakang, diikuti dengan kemasan krom pada perumah pemantul cahaya.
 

N7X


Akhir sekali, BR-V N7X Edition ini didatangkan dengan warna baharu sand khaki pearl.

Secara asasnya, BR-V N7X Edition ini masih lagi kekal dengan nadi 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa setinggi 121 PS dan 145 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.

Untuk makluman, di pasaran Indonesia, BR-V versi standard juga masih lagi kekal dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan.
 

N7X


Ciri keselamatan Honda SENSING seperti sistem mitigasi keluar jalan (RDM), kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan suluhan tinggi (AHB), sistem brek pengelakan pelanggaran (CMBS) dan Honda LaneWatch hanya ditawarkan untuk varian tertinggi sahaja.

Harga jualan BR-V N7X Edition ini bermula dari Rp 319,400,000 (RM97,639) untuk varian N7X E, diikuti Rp 343,400,000 (RM104,976) untuk varian N7X Prestige dan Rp 363,400,000 (RM111,090) untuk varian yang dilengkapi dengan Honda SENSING.