Dari luaran BR-V 2020 ini yang telah dipertingkatkan termasuk rekaan di bahagian hadapan dengan bampar berserta gril hadapan, kemasan bampar bawah dan lampu kabus hadapan baharu. Ia turut diberikan kemasan bampar bawah belakang baharu, di samping padanan antena sirip 'shark fin' (jerung) dan rekaan roda aloi 16-inci baharu.
Di bahagian kabin dalaman pula, BR-V 2020 ini ditampilkan dengan kemasukan tanpa kunci (keyless) dan butang 'push start' yang kini standard untuk semua varian. Selain itu, ia juga diberikan tempat duduk kulit sulaman baharu dengan kemasan merah.
Di bahagian tempat duduk barisan ketiga, ia boleh dilaraskan dengan nisbah 50:50 dan ini memberikan ruang penyimpanan barangan sebanyak 539 liter apabila tempat duduk barisan tersebut dibaringkan sepenuhnya tetapi sekiranya tempat duduk dalam keadaan biasa, keluasan bootnya cuma 223 liter sahaja.
BR-V 2020 ini masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.5L SOHC i-VTEC dengan kuasa 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm, dengan padanan transmisi CVT.
Honda Malaysia masih belum menyatakan harga di atas jalan bagi model BR-V 2020 ini tetapi kami di Careta berpendapat pasti terdapat kenaikan harga seperti model-model Honda sebelum ini seperti mana yang dinyatakan di artikel kami terdahulu.
Video BR-V 2020 dari facebook Honda di sini: