Honda beri bonus berganda menerusi promosi Double Joy untuk bulan September

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-70 Honda pada bulan September ini, Honda Malaysia mengadakan promosi Double Joy dengan memberikan bonus rebat kepada para pelanggan setia Honda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi kempen Double Joy ini, para pelanggan boleh menikmati dua bonus serentak, iaitu Honda Bonus dan Honda 70th Birthday Bonus  sehingga RM20,000 bagi model-model yang terpilih bermula 1 September sehingga 30 September ini.

Para pelanggan juga turut berpeluang untuk menyertai peraduan Joy of Buying yang melayakkan mereka merebut peluang memenangi sebuah Honda City untuk tujuh minggu berturut-turut. 

Senarai Honda Bonus dan Honda 70th Birthday Bonus boleh dirujuk menerusi gambar di bawah. 
 


Beberapa fakta berkenaan Honda Malaysia

  • jenama nombor satu bagi segmen Bukan Nasional daripada Januari-Julai 2008
  • jumlah jualan mencecah 35,000 unit sehingga bulan Ogos
  • City, Civic dan Jazz merupakan model terlaris di pasaran. 
  • City menguasai 35% jumlah jualan keseluruhan Honda, diikuti Civic (17%) dan Jazz (15%).
  • Honda HR-V baharu bakal dilancarkan kelak