Honda bekal enjin F-1 untuk Sauber

oleh |

Honda Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan keputusannya untuk membekalkan unit enjin kepada pasukan Sauber F1 Team mulai musim 2018 untuk kejohanan FIA Formula One World Championship (F1).

Selain perkongsian dengan McLaren yang bermula pada tahun 2015, pembekalan unit kuasa untuk Sauber ini akan menjadi satu cabaran baru dalam aktiviti F1 Honda. Melalui perjanjian bekalan ini Honda akan mempercepatkan usaha bagi mencapai teknologi pengurusan tenaga dan peningkatan kekuatan kompetitif unit kuasanya itu.

Dalam usaha untuk memanfaatkan faedah pembekalan kepada dua pasukan di tahap maksimum, Honda akan mengukuhkan sistem dan keupayaan kedua-dua operasi pembangunannya, iaitu HRD Sakura dan juga Milton Keynes, agar Honda mampu memberikan persembahan berteraskan kekuatan yang dominan dengan seberapa segera yang boleh.

sauber-honda-f1-team-2017-430x287

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Bangun pagi, hidupkan enjin motosikal dan selepas enjin panas, baca Bismillah dan mula menunggang…