Honda Autonomous Work Mower, mesin rumput gerak sendiri!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Autonomous Work Mower
Honda Autonomous Work Mower
Ketika dunia sibuk dengan kenderaan elektrik, Honda mempunyai ruang untuk membangunkan mesin rumput automatik.

Honda Autonomous Work Mower (AWM) merupakan mesin rumput jenis zero-turn riding (radius putaran kecil/ZTR) elektrik kuasa bateri yang pertama dari syarikat.

Mesin rumput itu dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan melalui teknologi autonomi. Maknanya, Honda AWM boleh bergerak sendiri tanpa pemandu!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Autonomous Work Mower

 

Pada awal tahun ini, Honda telah berjaya menjalankan ujian pembuktian konsep (PoC) AWM di lapangan bersama syarikat landskap terkenal Amerika Syarikat.

Fasa pembangunan prototaip seterusnya melibatkan program rintis dan Honda sedang mencari syarikat yang ingin terlibat dalam menilai AWM di lokasi kerja mereka.

Kenapa Honda membangunkan mesin rumput autonomi? Salah satu faktor ialah cabaran bagi mendapatkan pekerja mahir sekarang ini.

 

Honda Autonomous Work Mower

 

Honda AWM boleh beroperasi dalam dua kaedah, secara manual bersama pemandu atau dalam mod autonomi.

Sebelum beroperasi secara autonomi, Honda AWM akan mempelajari laluan dan corak gerakan melalui tetapan yang dibuat oleh pemandu.

Menggunakan data yang disimpan, mesin rumput ini akan mengulangi laluan dan corak tersebut secara automatik dan membolehkan pekerja memberi tumpuan pada tugas lain.

 

Honda Autonomous Work Mower

 

 

Laluan yang dicipta secara manual menggunakan Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) untuk pengesanan lokasi yang tepat.

Proses awalan itu dipanggil mod Teaching dan pekerja juga boleh mencipta beberapa lagi corak atau laluan untuk pelbagai padang.

Peta atau laluan yang dicipta disimpan di dalam storan awan.

 

Honda Autonomous Work Mower

 

Selepas mod pengajar selesai, mod seterusnya ialah Playback. Pekerja memuat turun laluan peta yang diinginkan melalui tablet atau telefon pintar. 

Honda AWM memulakan operasi secara autonomi dan bergerak mengikut laluan dan memotong rumput secara konsisten.

Bagaimana jika mesin rumput melalui laluan tinggi? Siapa nak kawal? Tidak perlu.

 

Honda Autonomous Work Mower

 

Honda AWM dilengkapi sistem kawalan cengkaman bagi melalui kawasan lereng atau cerun dan permukaan mencabar.

Sistem itu dilengkapi dua motor pembeza (differential) kawalan cengkaman yang menyekat gelinciran tayar untuk potongan lurus di kawasan cerun.

Dari segi keselamatan, Honda AWM dilengkapi pengesan pelbagai arah, radar dan sensor LiDAR untuk mengesan halangan (atau manusia).

 

Honda Autonomous Work Mower

 

Sistem itu juga mampu mengesan pelbagai keadaan muka bumi dan berhenti apabila berhadapan dengan halangan.

Dari segi penggunaan tenaga, mesin rumput ini akan mengurangkan putaran bilah pada kelajuan dan bebanan rendah bagi menjimatkan tenaga.

Ketika berada dalam bebanan tinggi, sistem akan mengurangkan kelajuan bagi mengelak dari sumbatan dan rumput tidak dipotong.

 

Honda Autonomous Work Mower

 

Ciri-ciri Honda Autonomous Work Mower (AWM):

  • Dimensi (inci): 84 (P) x 61 (L) x 73 (T)
  • Berat: 625 kg
  • Bilah: 21 inci x 3 unit 
  • Tinggi potongan (inci): 1.5 - 5.25
  • Kelajuan: 0 - 16 km/j (manual), 0 - 9.6 km/j
  • Sensor: 4 unit LiDAR, 4 unit radar
  • Bantuan pemotongan: Kawalan Cengkaman, Kawalan Beban Pemotongan, Kawalan Kelajuan Bilah, Pengurusan Lereng/Cerun

Penulis: Muhammad Md Tajudin