Hilux pertama dibuat oleh Hino

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tak ramai tahu tetapi tahun ini, Toyota Hilux akan menyambut ulangtahunnya yang ke-50.

Hilux, yang bermaksud High and Luxury (tinggi dan mewah) dilancarkan pada bulan Mac tahun 1968.

Ia adalah trak pikap Toyota selepas Toyota Stout (1960) dan Hino/Toyota Briska (1961).

 

 

 

 

Direka oleh Toyota tetapi kemudian dibangunkan dan dibina di kilang Hamura milik anak syarikat Toyota, Hino Motors Ltd, Hilux lebih kompak dan lebih modern dari trak-trak lain.

Enjin Hilux generasi pertama ini menggunakan enjin 1.5L (1,490 cc, OHV, 4-silinder) dengan kuasa maksimum 70 PS pada 5,000 rpm, digandingkan dengan transmisi manual 4-kelajuan dikawal dari tuil di stereng (column shifter).

 

 

Ia adalah sebuah RWD atau pacuan roda belakang sahaja dan sistem gantungan sama seperti sekarang - double wishbone dengan pegas gegelung (coiled spring) di hadapan dan pegas dedaun (leaf spring) di belakang.

Hilux ini mampu memuatkan tiga penumpang dan mampu membawa beban seberat 1,000 kg. Dua varian diperkenalkan - Deluxe yang mempunyai spesifikasi kabin seperti sebuah kereta dan Standard yang sesuai untuk trak kerja.

 

 

Dalam bulan April 1969, varian ekor lebih panjang diperkenalkan dan dalam bulan Julai 1970, sebuah variasi van berbadan aluminium dan juga van dengan fungsi kompartmen sejuk/beku ditawarkan.

Dalam bulan Februari 1971, Hilux menerima enjin baharu 1.6L dengan 83 PS.

 

 

Hilux kemudian terus popular di serata dunia kerana tahan lasak dan mudah diselenggara.

Di Malaysia, Hilux mencapai status ikon dan genre trak pikap 4X4 digelar Hilux atau Hailak, tak kira jenama apa pun trak itu. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…
Berita Global
Disebalik trak pikap Hilux yang telah diubah menjadi sebuah jentera bomba 6x6, tersedia sistem…
Gaya Hidup
Syarikat Jepun, Direct Cars baru-baru ini memperlihatkan BR75 SUV Adventure Camper di mana seperti…