HELLA lancar mentol Retrofit LED, diskaun 25 peratus hanya di platform auto2u

oleh Mohamad Hanif|
HELLA, pengeluar teknologi pencahayaan ternama dari Jerman kini hadir dengan inovasi baharu dalam bentuk mentol lampu HELLA RETROFIT LED - produk pertama direka untuk unit lampu utama kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran produk baharu HELLA Retrofit LED itu dijalankan secara ekslusif bersama-sama auto2u.my, platform e-dagang yang khusus untuk segmen automotif di Malaysia, membolehkan rakyat Malaysia menjadi pelanggan pertama untuk mendapatkan produk LED baharu ini sebelum ia ditawarkan di mana-mana platform e-dagang yang lain.

Produk mentol HELLA Retrofit LED ini dibangunkan untuk pemasangan plug-and play, dan boleh disesuaikan untuk hampir 80 hingga 90 peratus model kenderaan di dalam pasaran.
 

HELLA


Rekaan yang kompak dan penampilan yang bergaya itu mampu memudahkan proses pemasangan dan penggantian dijalankan.

Mentol HELLA Retrofit LED ini mampu memancarkan suluhan cahaya 6500K yang lebih cerah dan putih, sekaligus menawarkan tempoh jangka hayat yang lebih panjang, sekitar 50,000 jam.

Ia juga menampilkan kipas dan pemacu terbina yang direka untuk tujuan penyejukan. Tambahan pula, ia turut hadir dengan penyesuai (adapter) CANbus untuk model kereta yang memerlukan sambungan CANbus.
 

HELLA


Menerusi teknologi inovasi HELLA, cahaya yang dipancarkan itu memiliki titik potongan yang baik, menghasilkan output cahaya yang lebih fokus dan tidak menyilaukan pengguna jalan raya lain, penyebaran cahaya yang lebih luas, serta menawarkan pemanduan yang lebih meyakinkan terutama pada waktu malam.

Dengan adanya teknologi yang disebutkan itu tadi, mentol HELLA Retrofit LED direka untuk menawarkan penjimatan dari pelbagai sudut, seperti harga yang mampu milik, kurang penggunaan elektrik dan voltan, menawarkan tempoh jangka hayat yang lebih panjang dan mengurangkan kekerapan pembelian.

HELLA menjamin produk lampu LED ini menepati piawaian industri, serta mempunyai sejarah kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan setiap pelanggan mendapatkan hanya produk yang terbaik.
 

HELLA


Selain daripada itu, portfolio terbaharu HELLA turut menawarkan produk untuk pelbagai jenis aplikasi termasuklah lampu suluhan tinggi dan rendah, lampu kabus serta merangkumi pelbagai jenis model kenderaan.

Mentol lampu HELLA Retrofit LED ini akan dijual secara eksklusif di platform auto2u.my, di mana sepanjang tempoh Jualan Pra-Pelancaran bermula 23 Ogos hingga 22 September 2022, pelanggan terawal boleh menikmati promosi diskaun 25 peratus serta mendapatkan barangan percuma berupa tumbler Thermo, kain mikrofiber dan pelekat cukai jalan bernilai RM89.00 dengan menggunakan kod promo "AUTO2U25".

Ia boleh dibeli menerusi pautan ini: https://bit.ly/auto2u-hella-led-promo
 

HELLA


Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web INI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ya, tahun demi tahun, selepas ratusan dan ribuan kali ia dibunyikan atas jalan raya tatkala…
Informasi
Penyeka kaca, atau orang lebih gemar sebut sebagai wiper yang ada di pasaran terdiri daripada dua…
Informasi
Sebenarnya, teori yang sama perlu digunakan untuk membeli pengelap cermin depan atau wiper.…