Helikopter Maritim Malaysia terhempas di Pulau Angsa

oleh Firdaus Razani|
Sebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilaporkan terhempas di Pulau Angsa di sini, pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi.

Difahamkan kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi.

Sinar Harian difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Berikutan itu, satu kenyataan rasmi juga akan dikeluarkan Maritim Malaysia mengenai insiden itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat berhubung insiden itu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Ya, ada insiden tersebut. Kami akan keluarkan kenyataan sebentar lagi," katanya.

 

SUMBER : SinarHarian