HAYDEN HAIKAL DINOBAT JUARA KESELURUHAN SUPER TURBO IDEMITSU

oleh Hamimah Hamid|
PELUMBA tunggal negara yang beraksi di Thailand, Hayden Haikal telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kelas junior di Kejuaraan Super Turbo Idemitsu tahun ini.

Hayden juga merupakan wakil tunggal negara yang beraksi dalam dua musim penuh perlumbaan di Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau memenangi lima daripada keseluruhan enam perlumbaan sepanjang musim di kejuaraan tersebut.

 

Walaupun tidak dapat meneruskan keseluruhan kejuaraan Thailand Super Series Eco Class, tumpuan utama beliau adalah bersaing di kelas perlumbaan yang lebih tinggi di Thailand.

 

Hayden memulakan musim debutnya di kejuaraan Thailand Super Series Eco Class tahun lalu dan berjaya merangkul naib juara untuk saingan itu.

 

Sasaran beliau adalah untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun 2024 di Thailand.

 

"Berada di tempat kedua dalam Thailand Super Series Eco Class 2022 dan memenangi Kejohanan Super Turbo Idemitsu tahun ini telah memberi kesedaran dan membuka pintu kepada saya di Thailand.  

 

"Sasarannya adalah untuk meningkatkan kedudukan di Thailand untuk 2024 serta bersaing dalam kelas perlumbaan GT4 atau GT3,”katanya.

 

Pada usia 19 tahun, Hayden sudah mempunyai pengalaman perlumbaan kereta selama enam tahun dan pernah bersaing dalam perlumbaan siri Cabaran GAZOO Racing Vios pada usia 14 tahun. 

 

Beliau juga menjadi pemandu termuda untuk memenangi kejuaraan Kelas Sukan siri itu untuk pelumba amatur pada usia 16 tahun.

 

Tahun berikutnya dia dinobatkan sebagai juara keseluruhan siri Kelas Super Sport untuk pemandu profesional.  

 

Beliau turut menamatkan di kedudukan podium dalam perlumbaan Sepang 1000KM Endurance (S1K), Malaysia Championship Series (MCS) and Malaysia Speed Festival (MSF).

 

"Secara keseluruhan, 2023 merupakan tahun yang cemerlang bagi saya dan saya sedang mencari peluang untuk naik ke perlumbaan kereta GT.  

 

Ia pastinya jalan yang panjang dan sukar di hadapan tetapi saya sudah bersedia.” ujarnya.