Haval H2 CKD kini dipasaran- Harga bermula daripada RM98,950

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengedar rasmi jenama Haval di Malaysia, Go Auto kini telah melancarkan model pemasangan tempatan (CKD) Haval H2 dan melakukan beberapa pembaharuan eksterior bagi model tersebut.

 

Haval H2 CKD ini ditawarkan dengan harga bermula RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM 101,950 Premium Auto (termasuk insurans dan cukai jalan).

Haval H2 CKD

 

Haval H2 CKD, masih lagi mengekalkan spesifikasi sama, iaitu enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo. Ia turut digabungkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200rpm-4,500rpm.

 

 

Haval H2 CKD kini menampilkan rekaan rim dan tambahan warna baharu, iaitu Haval Blue bersama pilihan warna sedia ada, Haval Red.

 

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 2,100 unit Haval H2 CKD sehingga 2018.

 

"Haval H2 CKD sudah sedia ada di 14 bilik pameran pengedar Haval seluruh negara," katanya.

 

Haval H2 juga berada dalam senarai model-model Haval yang akan dieksport ke Batam, Indonesia dan Cambodia.

 

Dari aspek rekaan luaran, Haval H2 CKD dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang. Gril dengan kemasan krom ternganga luas membuatkan ia tampak lebih garang dan menarik.

 

Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD adalah sama dengan versi CBU seperti butang tekan-mula, masukan tanpa kunci, panel meter multi fungsi dan punat kawal roda stereng. Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik lima-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

 

Ciri keselamatan pula mengetengahkan enam beg udara, iaitu dua di depan, dua sisi dan dua tirai, yang disepadukan bersama sensor dan kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan penyandar kepala aktif untuk meminimumkan kecederaan spinal.

 

Haval H2 CKD turut mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan badan keselamatan China, C-NCAP.

 

Selain itu, Go Auto turut memperkenalkan pakej 'Jaminan Beli Balik' (Buy Back Guarantee) dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini bermakna, HAVAL akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan jika pemilik menjual kenderaan dalam tempoh lima tahun.

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Haval H2 CKD boleh layari www.haval.my

Haval H2 CKD

 

Haval H2 CKD

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kilang tersebut juga dikhususkan kepada pembuatan dan pemasangan NEV termasuk kenderaan elektrik (…
Berita Domestik
Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta,…
Model Terbaharu
Dari segi ukuran, Higer Ace E1 membawakan dimensi sepanjang 5.4 meter (5,380 mm), lebar 1,880 mm,…