Hasil jualan baju Palestin di Retromania disalur untuk penduduk Gaza

oleh Hamimah Hamid|
KALAU dilihat pada penampilan, kalangan peminat motosikal dan kereta dilihat nampak agak keras hati mereka.

Itu hanya pada luaran, zahirnya mereka juga prihatin dan menyatakan solidariti kepada nasib rakyat Palestin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain jualan pakaian bertemakan motosikal dan kereta, peniaga di program Retromania Auto Show di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang turut menjual pakaian dan aksesori untuk Palestin.

 

Menurut salah seorang peniaga, Rizal Rahimi, walaupun program Retromania berkonsepkan himpunan peminat retro motosikal dan kereta, namun mereka mengambil pendekatan untuk turut menjual produk bertemakan Palestin. 

Jualan produk Palestine Di acara retromania

"Bersuka, bersuka juga tapi kami lihat geng-geng motosikal dan kereta ni mereka juga prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin. 

 

"Baju, mafla dan bendera Palestin antara jualan yang turut mendapat sambutan," katanya. 

 

Menurut Rizal, sepuluh peratus dari hasil jualan akan diserahkan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) untuk disalurkan membantu rakyat Palestin.

 

Mereka yang berniat membantu juga menyalurkan sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad menerusi Maybank Islamic Berhad 5515 7500 4299; CIMB Islamic Bank Berhad (8602 135 592); Bank Islam Malaysia Berhad (1209 2010 0349 04).