Harley Davidson tawar latihan kerjaya dan motorsikal percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun ke-115 Harley Davidson, jenama tersohor itu kini mengadakan satu program khusus untuk para pelajar bagi mengikuti latihan kerjaya bersama Harley Davidson.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Menerusi program ini, sebanyak lapan orang pelajar akan dipilih dari seluruh dunia bagi mengikuti kelas latihan kerjaya tersebut. Mereka akan turut diberikan sebuah motorsikal Harley Davidson setiap seorang, dan turut menerima kelas tunggangan khas di Akademi Menunggang Harley Davidson.
 

Tidak terhad setakat itu, mereka juga turut berpeluang untuk merasai kebebasan menjelajah bersama motorsikal masing-masing dan merekodkan segala aktiviti yang berkaitan termasuklah pengalaman belajar menunggang, dan menghadiri acara anjuran Harley Davidson di serata dunia. Mereka turut berpeluang untuk menghadiri acara ulang tahun yang ke-115 di Milwaukee dan Prague. 


Program ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat untuk meneroka peluang kerjaya di dalam bidang media sosial, komunikasi, perhubungan awam dan pemasaran bersama Harley Davidson. Tarikh tutup permohonan adalah pada Jumaat, 11 Mei 2018. 
 

Bagi mereka yang berminat boleh melayari laman web Harley Davidson di alamat 
https://www.harley-davidson.com/us/en/about-us/careers/students-rotational-programs.html
 

Sumber: Harley Davidson melalui Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…