Harley-Davidson cari pengedar untuk Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harley-Davidson telah mengumumkan pagi tadi bahawa ia sedang mencari pengedar baharu untuk jenama itu di Malaysia.

Menurut siaran akhbar itu, ia selari dengan objektif jangka masa panjang syarikat tersebut untuk mengembangkan sayap perniagaan antarabangsa mereka yang mahu meningkatkan jumlah jualan sebanyak 50 peratus.

Pengumuman itu juga dilakukan selepas perjanjian pengedaran produk Harley-Davidson untuk Malaysia oleh Naza Prestige Bikes Sdn Bhd tamat.

Peter Mackenzie, pengarah urusan Harley-Davidson bagi kawasan China, India dan pasaran baharu Asia berkata syarikat US itu berterima kasih kepada Naza atas usaha mereka untuk membina pasaran Harley-Davidson selama hampir sedekad.

Kepada pemilik Harley-Davidson, mereka boleh menghantar e-mail kepada [email protected] untuk sebarang soalan.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia tidak terhenti setakat itu apabila Impala Asset Management yang memegang kira-kira 2…
Berita Global
Harley-Davidson, syarikat motosikal yang seboleh-bolehnya tidak mahu masa bergerak ke hadapan agar…
Gaya Hidup
Sebut Ahmad Fadzli Musa, mungkin tidak ramai yang kenal tetapi bila Pa'din Musa disebut, pasti…