Harley-Davidson bakal lancar Livewire tahun hadapan?

oleh Afandi Che Muhamad|
Sinonim dengan pengeluaran motosikal easy rider, Harley-Davidson baru-baru ini menjadi tajuk utama perbualan dalam kalangan peminat jenamanya susulan penutupan kilang pengeluaran di Kansas.

Belum pun reda isu berkenaan, syarikat kelahiran Amerika Syarikat itu kembali menggemparkan dunia sekali lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, Harley-Davidson dikhabarkan bakal merasmikan pelancaran model motosikal elektrik pertama keluarannya sendiri dalam tempoh 18 bulan dari sekarang (Ogos 2019).

Dikenali sebagai Harley-Davidson Livewire, konsep binaan motosikal elektrik tersebut sebenarnya sudah didedahkan dan diuji empat tahun lalu.

Memetik laporan Asphalt & Rubber, inisiatif pelancaran Livewire itu dilakukan bagi melonjakkan kembali populariti syarikat berkenaan.

Jangan tidak tahu. Tindakan drastik (pelancaran Livewire) tercetus selepas model percubaan yang ditawarkan pada sesi tunggang uji menerima respon positif daripada orang ramai.

Kebanyakan daripadanya memuji pengalaman tunggangan tawaran Livewire sebaik tamat sesi tersebut tidak lama dahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Matthew Levatich berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat, Mission Motors bagi merealisasikan perkara tersebut.

"Proses penghasilan besar-besaran model itu bakal mengambil tempat di kilang yang terletak di San Francisco dalam tempoh terdekat.

"Pemilihan lokasi tersebut dirasakan terbaik kerana memiliki tenaga pakar dalam pembinaan drivetrain bagi model janaan elektrik," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Matthew, pihaknya optimis Harley-Davidson akan 'bangkit semula' bertitik-tolak daripada langkah penawaran model tersebut nanti.

Terdahulu, Harley-Davidson bukan lah satu-satunya syarikat yang pernah melaungkan hasrat pembinaan jentera seumpama itu bahkan beberapa pesaing lain seperti KTM dan BMW turut berhasil melakukan perkara sama sebelum ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…