Tidak seperti tiga varian City yang telah dilancarkan sebelum ini, Honda City RS e:HEV didatangkan dengan trenkuasa hibrid i-MMD yang terdiri daripada motor elektrik dan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan angka output keseluruhan 109 PS dan 253 Nm daya kilas, serta padanan transmisi e-CVT.
Sistem e:HEV menawarkan sehingga tiga mod pemanduan iaitu EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive, serta fungsi pemanduan satu pedal Deceleration Selector Paddles yang membolehkan pemandu memecut dan menghentikan kenderaan tanpa memijak pedal brek.
Dari segi luaran, Honda City RS e:HEV menampilkan lampu LED dengan unit nyalaan siang LED, lampu kabus LED, lampu belakang LED, gril hadapan dengan kemasan hitam berkilat, bampar belakang dengan diffuser, spoiler trunk dan perumah cermin sisi berwarna hitam berkilat.
Selain daripada skrin infotainmen Display Audio standard bersaiz lapan inci, varian RS ini juga tampil dengan skrin paparan meter TFT bersaiz tujuh inci, pad pedal sport, serta kemasan tempat duduk Ultrasuede dengan jahitan kontras merah.
Honda City RS e:HEV juga merupakan model sedan segmen B pertama yang hadir dengan ciri kelengkapan keselamatan termaju Honda SENSING yang merangkumi ciri seperti:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
- Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
- Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
- Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
- Amaran Keluar Laluan (LDW)
- Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)
Secara standard, Honda City RS e:HEV juga menampilkan ciri pemantauan titik buta Honda LaneWatch, enam beg udara, ABS, EBD, BA, lampu berhenti kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), ISOFIX, serta Electric Parking Brake (EPB) menggantikan penggunaan brek tangan fizikal dan ciri Auto Brake Hold.
Seperti yang disebutkan, harga juala Honda City RS e:HEV bermula dari RM105,950.45 dan ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.