Harga minyak RON95 dan diesel mungkin turun untuk kurangkan kos sara hidup - MIDF Research

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menurut laporan Bernama, kajian MIDF Research menjangkakan bahawa kerajaan mungkin akan menurunkan harga runcit bahan api, terutamanya RON95 dan diesel, bagi mengurangkan kestabilan harga serta tekanan kos sara hidup rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut badan pengkaji itu, jika kerajaan melaksanakan penurunan harga RON95 kepada RM 1.95 seliter (potongan 10 sen) ia boleh mengurangkan kadar inflasi utama negara kepada 2.9 peratus bagi 2023.

Pada masa yang sama, inflasi bagi barangan bukan makanan boleh menurun ke 1.3 peratus, manakala harga pengangkutan pula boleh mengalami penguncupan sehingga -1.7 peratus.

Ia turut menambah bahawa menjelang akhir 2023, pengurangan 10 sen akan membawa kadar inflasi bulanan lebih rendah kepada +1.9 peratus tahun ke tahun (YoY).

Ini bermakna kerajaan akan mempunyai tambahan RM4.31 bilion dalam perbelanjaan fiskal, yang boleh digunakan untuk tujuan lain.

MIDF Research berkata, “Selain itu, kerajaan akan mempunyai ruang fiskal yang lebih baik, memandangkan nisbah hutang fiskal kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah jatuh kepada 59.3 peratus pada suku pertama 2023, dan termasuk liabiliti luar jangka, angka terkini ialah 76.1 peratus.”

“Dengan mengambil kira inflasi makanan yang kian meningkat dan tekanan pendapatan yang menurun, kami mengjangkakan kerajaan akan memilih untuk menurunkan harga runcit bahan api, terutamanya RON95 dan diesel, dalam jangka masa terdekat.”

Pada separuh pertama 2023, harga minyak mentah Brent berpurata pada USD79.20 setong, yang lebih rendah sedikit daripada anggaran kerajaan sebanyak USD80 setong.

Oleh itu, MIDF Research menganggarkan harga pasaran tanpa subsidi untuk RON 95 ialah RM3.10 seliter.

Tahun lepas, perbezaan harga RON 95 berbanding harga pasaran melebar kepada RM1.86 seliter.

“Berkat normalisasi harga minyak global, perbezaan harga bahan api dianggarkan jauh lebih rendah iaitu RM1.05 seliter tahun ini."

"Dengan perbezaan harga yang lebih rendah, kami percaya jumlah perbelanjaan subsidi akan lebih rendah berbanding tahun lepas,” kata MIDF Research.

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…
Berita Domestik
Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, tidak wajar jika cadangan diajukan beliau…
Berita Domestik
Beliau berkata begitu ketika sidang akhbar selepas selesai pembentangan Kajian Separuh Penggal…