Harga kereta pasca SST - Perodua masih tunggu keputusan kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
Perodua kini masih menunggu keputusan terakhir daripada pihak kerajaan berhubung mekanisme yang bakal dilaksanakan untuk perlaksanaan sistem cukai SST bermula 1 September ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Datuk Aminar Rashid berkata demikian ketika menjawab persoalan daripada media berkenaan tindakan Perodua sama ada untuk menyerap kos yang berkenaan sekiranya kenderaan dihantar kepada pelanggan selepas perlaksanaan SST berkuatkuasa. 

 


Sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan sistem cukai SST ini akan diberitahu kemudian setelah segala urusan melibatkan hal tersebut telah diputuskan oleh pihak kerajaan.

Perodua juga akan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pasca perlaksanaan SST tidak lama lagi.

Tambah beliau lagi, sekiranya terdapat perubahan harga model Perodua akan diberitahu kepada pelanggan ketika proses tempahan dilakukan dan pihak Perodua kini sedang berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi ketika ini. 

Ketika ditanya berkenaan aspek eksport kenderaan yang kian sunyi daripada berita, Perodua mengakui mereka masih mengkaji dengan lebih teliti aspek berkenaan terutamanya permintaan pasaran yang berbeza di antara satu sama lain. 

 

 


Sebagai maklumat tambahan, Datuk Aminar memberikan bayangan bahawa akan ada pembaharuan yang akan dibawakan oleh Perodua kepada model MPV Alza (yang masih tinggi permintaannya) dalam masa yang terdekat supaya tampil lebih segar dan berdaya saing dengan pasaran tempatan.