Harga harian petrol tidak akan terjadi tahun ini pula

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata KPNDKK akan mengeluarkan formula baharu untuk meliberalisasikan harga bahan api yang akan melibatkan perubahan harga bahan itu secara harian.

The Star semalam pula melaporkan Menteri yang sama tiba-tiba berkata pihaknya masih jauh dari menghasilkan formula tersebut tetapi mereka memang sedang menuju ke arah itu (perubahan harga secara harian).

“Kami akan terus dengan pengumuman harga mingguan sehingga syarikat minyak, operator stesen dan pengguna faham tanggung-jawab masing-masing,” ujar beliau kepada pemberita.

“Pengguna perlu menggunakan aplikasi untuk mencari stesen dengan harga bahan api terendah. Bila tiba masanya, kami akan umumkan.”

Beliau juga akan berjumpa dengan pengusaha stesen minyak untuk berbincang akan masalah yang wujud.

Reversal atau U-Turn ini ada baik dan ada buruknya.

Diharapkan KPDNKK mempunyai barisan penasihat atau perunding yang berpengalaman untuk membantu mereka dalam usaha liberalisasi harga bahan api kerana ia jauh lebih kompleks dari harga beras, kasut sekolah dan jualan kelengkapan hari raya.

* Sumber dari The Star

Berita Berkenaan

Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak…
Informasi
  Promosi terkini dari Shell dan Shopee adalah pulangan tunai sebanyak RM4.00 yang telah bermula…