Harga bahan api RON95 dan diesel kekal sehingga akhir tahun

oleh SALINA JALIL|
Harga bahan api untuk RON95 pada kadar RM2.20 seliter dan diesel RM2.18 seliter akan dikekalkan sehingga hujung tahun ini menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengekalan harga ini bermakna kerajaan akan memperuntukkan RM3 billion subsidi untuk memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

Menurut beliau lagi, jumlah subsidi tersebut boleh dikurangkan bergantung kepada harga minyak sedunia tetapi tidak dinyatakan jumlahnya kerana ia naik dan turun secara mingguan. Tetapi anggaran Menteri Kewangan adalah sebanyak RM3 billion subsidi sehingga hujung tahun walaupun harga pasaran di jangka naik selepas ni.

Bagi RON 97 pula, yang berharga RM2.59 seliter untuk minggu ini, Lim Guan Eng berkata harga bahan api tersebut adalah berdasarkan harga pasaran dan ia tidak mendatangkan masalah kerana penggunaannya adalah pada kenderaan mewah dan dari golongan yang mampu menggunakannya.

 

Sumber info dari Bernama.