Hanya guna aplikasi telefon, prestasi kereta ditingkatkan hingga 25%!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dunia automotif sekarang ini memang canggih. Perkembangan itu dibantu oleh rangkaian komunikasi di mana kereta boleh berhubung terus dengan anda melalui telefon pintar.

Perkembangan itu termasuk satu aplikasi telefon pintar yang boleh mengubah prestasi kereta BMW.

Satu aplikasi Android bernama Carly - Connected Car dikatakan mampu menambah prestasi BMW dalam masa di bawah sepuluh minit sahaja. 

Aplikasi tersebut berfungsi dengan mengubah tetapan enjin kereta melalui kawalan dalam telefon pintar.

Buat masa sekarang aplikasi Carly ditawarkan untuk model diesel BMW dari Series 1, 3, 5, 6, 7 dan X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi menguji keberkesanan teknologi ini, pembangunnya telah melakukan ujian melebihi 500,000 km di jalanan sebenar.

Data dari ujian Carly menunjukkan penambahan prestasi pada pecutan, mengurangkan masa pecutan 0 - 97 km/j sehingga 25 peratus dan juga pecutan kelajuan julat sederhana yang dapat membantu dalam memotong kenderaan hadapan.

Gajet yang diperlukan untuk aplikasi ini hanyalah adapter dan telefon pintar. Pemilik kenderaan juga boleh kembali kepada tetapan asal selepas menggunakannya.

Selain dari pemetaan semula enjn untuk lebih prestasi, aplikasi Carly juha menawarkan khidmat berbayar untuk fungsi lain seperti mengubah had kelajuan maksimum dan kitaran semula gas ekzos (recirculation).

Aplikasi ini adalah selamat dan pemilik boleh menyimpan tetapan asal apabila mahu mengubah semula kepada asal.

Fungsi seperti ini sangat berguna sebagai contoh tetapan untuk sesi di litar dan kemudian kembali semula kepada tetapan standard apabila memandu ke tempat kerja.

Carly tidak terhad kepada BMW moden tetapi juga model lama dari tahun 2003 hingga 2009. Di antara model spesifik ialah E8X 1 Series, E9X 3 Series, E6X 5, 6 dan 7 Series. Mode SUV seperti X5 dan X6 (E7X) juga termasuk dalam senarai.

Untuk jenama dan berita gembira kepada pemilik lain, Carly sedang membangunkan versi khusus supaya lebih ramai pemandu dapat 'bergembira' dengan telefon pintar mereka.

Harga aplikasi Carly adalah sekitar GBP 145 atau RM 767 termasuk kabel dan penyambung diagnostik yang disambungkan kepada port OBD.

Menarik jika aplikasi ini ditawarkan di dalam negara dan bolehlah kita menguji keberkesanannya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…