HANYA 20 MINIT (PEMANDU) DAN 45 MINIT (SISI P'MANDU) UNTUK GANTIKAN PELEDAK BEG UDARA TAKATA DALAM KENDERAAN HONDA DAN IA PERCUMA

oleh Muhammad Md Tajudin|
HANYA 20 MINIT (BAHAGIAN PEMANDU) DAN 45 MINIT (BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN) DIPERLUKAN UNTUK MENGGANTIKAN PELEDAK BEG UDARA TAKATA DALAM KENDERAAN HONDA DAN IA PERCUMA
HANYA 20 MINIT (BAHAGIAN PEMANDU) DAN 45 MINIT (BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN) DIPERLUKAN UNTUK MENGGANTIKAN PELEDAK BEG UDARA TAKATA DALAM KENDERAAN HONDA DAN IA PERCUMA
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isu mengenai penggantian peledak (inflator) beg udara Takata dalam kenderaan Honda sudah acap kali kami siarkan dan ketengahkan dengan bantuan Honda Malaysia.

Penggantian ini penting memandangkan ia sudah pun mengorbankan nyawa dalam beberapa kes kemalangan di peringkat dunia dan Malaysia.

Serentak itu, Honda Malaysia telah pun membuat panggilan semula untuk kenderaan Honda terjejas dan pelbagai kempen penggantian dari hab tukaran, program jelajah, ke pusat kenderaan terpakai sehingga ke rumah pelanggan.

Harus diketahui, Honda Malaysia tidak membenarkan pelanggan untuk melakukan penukaran beg udara sendiri atau di bengkel-bengkel yang tidak disahkan kerana ia boleh mengakibatkan letupan beg udara yang tidak dijangka atau kecederaan.

Isu ini kelihatan rumit dan mungkin ada yang tertanya bagaimana proses penukaran peledak beg udara itu dilakukan? Dan berapa lama proses untuk menyiapkannya?

Sekali lagi dengan bantuan Honda Malaysia, kami melakukan sedikit 'kerja rumah' mengenai proses yang terlibat dari mula pemeriksaan sama ada terlibat atau tidak sehinggalah kereta dipandu keluar dari pusat penukaran.

Berikut ialah ringkasan proses penukaran tersebut.

Bahagian 1 - Adakah kenderaan Honda anda terlibat? 

 

 

Jika ada yang tidak tahu di mana hendak bermula, usah bimbang dan bawa bertenang. Terdapat pelbagai kaedah seperti menghubungi  Talian Tol Percuma Honda 1800 88 2020.

Manakala satu lagi kaedah pula lebih ringkas, anda hanya perlu mempunyai sambungan internet dan ikuti langkah berikut:

1. Layari productrecall.honda.com.my

2. Semak kenderaan anda dengan memasukkan data VIN (Vehicle Identification Number) atau nombor casis. - Nombor ini boleh didapati dari ambang pintu, ruang enjin atau kad pendaftaran (geran).

3. Laman web akan memaparkan jika kenderaan anda terjejas. Harus diketahui, penggantian yang diperlukan adalah untuk bahagian pemandu dan juga penumpang hadapan.

4. Seterusnya, pilih pengedar sah Honda melalui menu di bahagian atas laman web. 

5. Laman web akan memaparkan jumlah stok peledak bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

6. Selepas itu, masukkan data peribadi seperti nama, nombor telefon dan juga emel.

7. Apabila data telah diterima, pengedar akan menghubungi anda dalam tempoh dua hari bekerja untuk proses temu janji.

Selesai bahagian pertama.

Bahagian 2 - Proses penukaran  

 

 

Apabila proses temu janji ditetapkan, tibalah masa untuk proses penggantian pula. Secara ringkasnya, tiada pembaikan dibuat tetapi peledak terjejas terus diganti dengan 100 peratus set baharu.

Selain itu, tiada kos yang dikenakan kerana ia ditanggung oleh Honda dan Takata selaku pembekal komponen terlibat.

Berikut ialah sepuluh langkah proses penukaran yang terlibat:

1. Selepas temu janji ditetapkan, pandu kereta anda ke lokasi pusat penggantian yang dipersetujui.

2. Serahkan kunci dan urusan seterusnya akan dikendalikan oleh juruteknik terlatih.

3. Modul beg udara pada stereng akan dibuka.

4. Peledak lama akan dikeluarkan dan diganti dengen peledak baharu.

5. Modul dipasang semula. Proses penggantian ini hanya memakan masa selama 20 minit sahaja untuk bahagian pemandu.

6. Untuk penggantian bahagian penumpang hadapan pula, proses ini agak rumit dan mengambil masa selama 45 minit.

7. Bahagian atas papan pemuka akan ditanggalkan.

8. Peledak beg udara berbentuk silinder akan dicabut dan diganti baharu.

9. Apabila penggantian siap dibuat, pemeriksaan semula akan dilakukan.

10. Akhir sekali, juruteknik akan membuat tanda di sisi laci dan seterusnya tanggungjawab anda telah selesai! 

Kereta boleh dipandu pulang ke rumah atau mana-mana destinasi yang dihajati dengan perasaan lega kerana peledak tersebut telah digantikan dengan set baharu yang lebih selamat!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…