Hanya 1 peratus wanita Malaysia tahu selesai masalah bila kereta rosak - Bosch

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bosch Automotive Aftermarket Malaysia hari ini mendedahkan bahawa hanya satu peratus dari pemandu wanita di Malaysia yang tahu apa menyelesaikan masalah kenderaan meragam.

Jumlah tersebut sangat rendah berbanding dengan 48 peratus kaum lelaki yang tahu apa perlu dilakukan bila kenderaan rosak.

Kajian oleh Bosch itu melibatkan seramai 350 orang pemandu Malaysia dalam lingkungan umur antara 18 hingga 55 tahun.

Ia bertujuan untuk mengetahui tabiat pengurusan bateri, yang menjadi punca utama kenderaan tidak boleh dihidupkan.

"Kajian itu seterusnya menunjukan bahawa 70 peratus dari kerosakan kenderaan ialah berpunca dari bateri. Ia bukan sahaja menyulitkan tetapi mampu mendatangkan risiko keselamatan kepada pemandu wanita yang berseorangan," jelas Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

 

 

Seramai 84 peratus pemandu wanita akan meminta bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sementara 12 peratus akan menghubungi syarikat bantuan kenderaan. 

Seterusnya kajian tersebut menunjukan 29 peratus wanita masih menggunakan bateri lead-acid dan bukan bateri jenis bebas selenggara (maintenance free battery), tinggi berbanding 22.6 peratus lelaki yang masih menggunakan bateri teknologi lama itu.

"Bateri bebas selenggara sebenarnya bukan sahaja memudahkan penyelenggaraan kerana tidak perlu lagi menjaga air bateri, tetapi ia mempunyai lebih tenaga untuk memusingkan motor penghidup enjin, lebih kapasiti untuk menyimpan caj, mampu dicaj dengan lebih pantas dan caj tahan lebih lama," sambung Pang.

 

 

Sangat bagus untuk Bosch melakukan kajian tersebut tetapi yang lebih membimbangkan Careta ialah jika kajian itu benar, maka lebih separuh dari pemandu lelaki Malaysia (52 peratus) tidak tahu langsung cara menguruskan bateri.

Dan 84 peratus pemandu wanita yang meminta bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka juga akan mendapati lebih separuh dari lelaki yang mereka minta bantuan itu tidak tahu pasal kenderaan.

Malu juga jadi lelaki jika masalah bateri kenderaan pun tidak tahu hendak selesaikan!

Di bawah pautan untuk tahu lima tanda-tanda bateri kenderaan anda sudah rosak:

http://careta.my/article/lima-tanda-bateri-kereta-kita-sudah-rosak-bosch

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…