Hafizh Syahrin ke Kejuaraan Moto2 Dunia bersama Pasukan SIC Racing dan Petronas Fokus Ke Program Pembangunan Bakat Petronas

oleh SALINA JALIL|
Petronas mengesahkan bahawa Hafizh Syahrin, pelumba yang telah dibimbing di bawah Program Pembangunan Bakat Petronas, akan menyertai Kejuaraan Moto2 Dunia 2018 secara eksklusif bersama pasukan Sepang International Circuit (SIC) Racing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Petronas telah mencapai objektif asal program untuk melahirkan pelumba Malaysia yang berdaya saing, mempunyai kebolehpasaran dan kemandirian yang tinggi.
Dalam pada itu, Petronas akan terus memupuk bakat baharu melalui program akar umbi, iaitu Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, dan menerusi kerjasama dengan SIC dalam Kejuaraan Moto3 Dunia melalui pasukan Petronas Sprinta Racing.

 

petronas 1


Petronas komited dalam usaha membangunkan pelumba pelapis yang mampu mewakili Malaysia di arena sukan permotoran antarabangsa, sekaligus mengukuhkan jenamanya di persada global.


Sejak menyertai program ini pada tahun 2009, Hafizh berserta pengurusan Raceline Malaysia dan Petronas, menempuh sembilan musim dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) and Kejuaraan Moto2 Dunia.
Petronas berbangga dengan pencapaian Hafizh dan berharap beliau terus maju jaya dalam sukan permotoran. Petronas turut menghargai dan berterima kasih kepada Racelina Malaysia yang memainkan peranan penting dalam membentuk karier Hafizh sebagai pelumba kebangaan Malaysia yang menempa nama di arena permotoran antarabangsa. 

 

petronas 2

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…