Habuan untuk pengguna setia Touch ‘n Go yang guna LRT

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna setia Touch ‘n Go bakal berpeluang meraih ganjaran sebanyak RM160 seorang dengan hanya menaiki LRT laluan Kelana Jaya dengan syarat mereka menjadi penguji atau ‘tester’ untuk sistem pembayaran digital TnG menggunakan imbasan Kod QR menerusi telefon pintar sehingga penghujung bulan ini.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sistem Bayaran Mudah Alih Transit atau  ‘Mobile Transit Payment’ (MTP) melalui aplikasi dompet elektronik (e-wallet) Touch ‘n Go kini sedang diberi tempoh percubaan di tujuh stesen LRT iaitu di Stesen Ampang Park, KLCC, Dang Wangi, KL Sentral, Kerinchi, KL Gateway-Universiti dan Kelana Jaya.

Proses ujian terhad ini hanya dilakukan untuk pengguna yang keluar/masuk dari/ke antara salah satu tujuh stesen LRT tersebut dengan membayar tambang melalui imbasan Kod QR (quick response).

Sekitar seribu pengguna setia yang telah dipilih Touch ‘n Go akan diberikan nilai permulaan RM10 dan pengguna boleh tambah nilai sendiri dari kad debit/kredit yang telah berpaut bersama dompet elektronik ini.  Juga, baki minima RM10 perlu ada pada sepanjang masa tempoh percubaan.

Selepas melakukan transaksi sebanyak 30 kali dalam bulan ini dan melengkapkan sesi borang tinjauan, pengguna akan mendapat habuan RM150 dari Touch ‘n Go.

 

 

MTP ini adalah satu usaha terbaru oleh Touch ‘n Go semenjak 7 Jun dalam memperkenalkan dompet mudah alih melalui imbasan Kod QR untuk pengangkutan awam dan membeli belah di gedung-gedung perniagaan.

Harus diingat, ‘e-wallet’ ini tiada kena mengena dengan kad Touch ‘n Go yang anda gunakan atau simpan pada masa kini.

Pengguna perlu melihat dompet elektronik Touch ‘n Go atau bayar tambang LRT menggunakan telefon pintar sebagai satu saluran pembayaran yang baru dan ia tidak ada kena mengena dengan kad Touch ‘n Go yang anda pegang sekarang.

Maknanya, dengan ‘e-wallet’ anda tidak perlu lagi pergi ke Kiosk Layan Diri Touch ‘n Go atau pergi ke kedai-kedai dan di plaza tol lebuhraya untuk ‘top up’. Ini semua boleh dilakukan sendiri pada bila-bila masa melalui dompet mudah alih ini.

Seperkara lagi, anda jangan berharap dapat memindahkan baki atau sejumlah wang dari kad Touch ‘n Go yang anda pegang sekarang ke dalam ‘e-wallet’.  Malah, imbasan Kod QR tiada kaitan dengan kad Touch ‘n Go.

Kami difahamkan bahawa sekiranya tempoh percubaan ini berjaya, penggunaan Kod QR bakal diperluaskan ke stesen-stesen LRT lain serta rangkaian MRT dan Monorel bermula suku keempat tahun ini.

Kod QR untuk perkhidmatan bas juga adalah sebahagian perlaksanaan secara berperingkat oleh Touch ‘n Go.

Careta.my berharap pengenalan Kod QR untuk pembayaran digital Touch ‘n Go dapat diberikan penerangan yang jelas dan tepat kepada orang ramai kerana pembayaran seperti ini telah terbukti mudah dan berkesan dalam meningkatkan lagi orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Sebagai contoh, kelicinan bayar tanpa tunai menerusi telefon pintar jelas dapat dilihat dari 200 juta transaksi Ali Pay dalam sehari di China oleh pengguna transit dan peruncitan di 50 bandar.

Cuma apa yang berlaku selama ini pihak Touch ‘n Go malu-malu kucing untuk berinteraksi dengan media tempatan bagi menjelaskan apa itu ‘e-wallet’ atau ingin memberi penerangan tentang kebaikan dan kelebihan pembayaran tanpa tunai di Malaysia bagi sektor transit, tempat letak kereta, peruncitan dan tol lebuhraya.

Aplikasi Touch ‘n Go ini boleh dimuat turun dari Play Store untuk peranti Android dan App Store bagi pengguna iPhone.

* Gambar kedua dari Amanz.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Ia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…