GWM TANK 300 DIPERTONTONKAN DI MALAYSIA

oleh Firdaus Razani|
Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan mengadakan siri ‘roadshow’ di seluruh Malaysia bagi memperkenalkan SUV ‘off-road’, GWM Tank 300 yang dijangka bakal masuk ke pasaran tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV ‘off-road’ yang bercirikan lasak dan mewah ini bakal membuat penampilan pertamanya sebagai model perintis dalam siri Tank di Malaysia.

 

gwm

 

Siri ‘roadshow’ ini akan berlangsung di :-

  • AEON Mall Kuching Central, Sarawak, dari 19 hingga 21 April 2024;
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang, dari 24 hingga 28 April 2024;
  • Sunway Pyramid, Selangor, dari 25 hingga 28 April 2024;
  • Vivacity Megamall, Sarawak, dari 26 hingga 28 April 2024;
  • Ipoh Parade, Perak, dari 8 hingga 12 Mei 2024.

 

Acara ‘roadshow’ ini bakal mempamerkan barisan model di bawah jenama GWM yang kini dipasarkan di Malaysia, termasuklah ORA Good Cat dan coupe elektrik ORA 07.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati pratonton eksklusif SUV hibrid segmen C yang akan datang iaitu GWM Haval H6 HEV.

GWM Tank 300 adalah SUV ‘off-road’ yang menggabungkan aspek kemewahan dan pengembaraan, di samping kelengkapan dan ciri-cirinya yang mengagumkan.

 

gwm

 

Ia dilengkapi dengan ‘differential lock’ hadapan dan belakang, menyerlahkan lagi kemampuannya untuk menakluki sebarang jenis permukaan laluan.

Selain daripada siri acara ‘roadshow’ ini, GWM Tank 300 juga bakal dipamerkan secara eksklusif di bilik pameran GWM yang terpilih.

Berikut merupakan jadual dan lokasi pratonton;

gwm

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GWM Malaysia turut mengumumkan bahawa model itu akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini…