Itu antara alasan popular yang diberikan oleh segelintir pemandu yang berdegil menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan sepanjang Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
Menurut laporan Sinar Harian, ada segelintir pemandu yang berani meminta bukti kesalahan mereka melanggar peraturan trafik apabila ditahan oleh pihak polis.
Setelah memperlihatkan bukti menerusi rakaman video dron, terdapat juga pemandu yang masih tidak berpuas hati dan memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan mereka disaman.
Menurut Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Radi Abd Rahman berkata, kesalahan yang kerap dikesan sepanjang Op Selamat 19 adalah menggunakan lorong kecemasan.
Sumber: Sinar Harian