Great Wall Motor jalin kerjasama dengan BMW Group tubuh syarikat kenderaan tenaga baharu

oleh Mohamad Hanif|
Great Wall Motor Company Ltd (GWM) dan BMW Holding telah menandatangani perjanjian usaha sama dalam usaha memperluaskan lagi kenderaan tenaga baharu mereka ke pasaran global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat usahasama bernama Spotlight Automotive Ltd dengan 50 peratus saham yang dipegang oleh kedua-dua pihak, dengan jumlah pelaburan mencecah US $ 780 juta itu merupakan projek kenderaan bateri elektrik (BEV) bersama BMW Group untuk pasaran global. 

Ini merupakan batu loncatan kepada kenderaan di bawah jenama GWM untuk memasuki pasaran dunia. 

 

 

Berpengkalan di Jiangsu, China, GWM dan BMW menganggarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 160,000 unit kenderaan setahun dan pelan peningkatan kapasiti bergantung kepada rancangan pengeluaran produksi pada masa akan datang. 

Menurut jurucakap syarikat itu, usahasama ini akan menggabungkan teknologi, sumber dan kepakaran pengurusan masing-masing bagi membangunkan generasi baru BEV. 

Sebagai salah satu daripada 10 kunci utama pembangunan negara di China, kenderaan jimat tenaga dan tenaga baharu ini bertujuan untuk mempromosikan pengangkutan yang menyumbang kepada pengeluaran gas emisi yang rendah, penjimatan tenaga serta melindungi alam sekitar. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…