Great Wall lantik bekas pereka Land Rover sebagai ketua unit rekaan Haval

oleh Mohamad Hanif|
Great Wall Motor Co. telah melantik pereka veteran dari Land Rover, Phil Simmons sebagai pengarah bahagian rekaan dan naib presiden untuk jenama Haval.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan daripada Great Wall, Simmons bakal mengetuai studio senireka Haval bertempat di ibupejabat yang terletak di kawasan utara Baoding dan juga studio di Shanghai, China. 

Simmons, seorang warganegara England sebelum ini bertanggungjawab mereka bentuk kenderaan di bawah jenama Land Rover seperti Range Rover 2018, Range Rover Sport, Range Rover Velar 2017, Range Rover Evoque, Discovery dan juga Discovery Sport. 

Beliau juga berpengalaman selama 30 tahun di dalam seni reka bidang automotif, termasuklah pernah bekerja di Ford Motor Co., menurut satu Sumber. 

Perlantikan Simmons sebagai ketua unit rekaan Haval dikatakan bakal mengubah nasib Haval dan Great Wall secara keseluruhannya memandangkan syarikat terbesar di China itu kini telah menandatangani perjanjian bersama BMW untuk membina kenderaan elektrik di Zhangjiagang, bandar timur China dengan jumlah pelaburan bernilai $747 juta. 

Kerjasama antara BMW dan Great Wall bakal membuahkan hasil seawal tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,…