Episod Grand Tour yang telah dilakukan di Madagascar akan ditayangkan pada penghujung tahun ini sementara episod seterusnya yang dirancang untuk dibuat di utara Rusia kemungkinan besar akan dibatakan.
Ini ialah kerana larangan perjalanan serta peningkatan kes-kes Covid-19.
James May berkata konsep Grand Tour mungkin perlu diubah untuk masa terdekat dan penggambaraan perlu dilakukan di dalam UK sahaja.
"Kami perlu menerima hakikat bahawa sekiranya anda tinggal di UK atau di US, Kemboja dan Afrika adalah lokasi-lokasi yang eksotik," katanya kepada GT Nation.
"Tetapi untuk peminat-peminat di kedua-dua negara itu, Ireland adalah eksotik!"
Ketiga-tiga pengacara itu memang sering melakukan penggambaran di Britain sahaja ketika mereka berada di bawah payung TopGear.
Apapun lokasi mereka, peminat-peminat mereka yakin ia akan tetap mengujakan.