Grand Starex - bakal muncul?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tak ramai yang sedar bahawa Hyundai Starex lebih popular di luar negara sebagai van mengangkut barang.

Nama komersil untuk Starex varian kenderaan perdagangan ialah iLoad, iMax, i800 atau H1.

Di Malaysia, Starex mendapat pengiktirafan sebagai sebuah MPV mewah oleh segolongan pengguna kerana melihat bentuknya yang canggih, besar dan dikatakan mampu menandingi Toyota Vellfire dan Alphard.

 

dashboard starex

 

Apa pun, Hyundai kini sudah mempertontonkan visual baharu akan rekabentuk Grand Starex yang lebih modern dan lebih bergaya Eropah. Ada laporan mengatakan ia hanyalah sebuah facelift yang lebih menyeluruh kerana bahagian papan pemuka turut mengalami perubahan.

Enjin 2.5L turbodiesel Starex ini menghasilkan 138 hp dan 353 Nm bila digandingkan dengan transmisi manual. Untuk varian automatik 5-kelajuan, ia datang dengan pengecaj turbo jenis VNT dan tenaga maksimum naik kepada 172 hp dan 450 Nm.

Belum ada berita bila bas keluarga ini akan muncul di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…