Grab bakal ambil alih operasi Uber di Asia Tenggara?

oleh Afandi Che Muhamad|
Heboh desas-desus mengatakan bahawa operasi Uber di Asia Tenggara bakal diambil alih pesaing terdekatnya, Grab.
Kawasaki Legend Reborn

Memetik Bloomberg dan Kr Asia sebagai berkata, spekulasi tersebut tercetus berikutan kedua-dua syarikat perkhidmatan e-hailing berkenaan berkongsi dana pelaburan sama daripada gergasi teknologi Jepun, Softbank.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Dara Khosrowshahi (gambar) berkata, firma tersebut akan meneruskan survival mengikut acuannya sendiri tanpa melibatkan campur tangan Grab.

"Kita sudah mendapat mandat daripada CEO Bahagian Penasihat Pelaburan SoftBank, Rajeev Misra supaya memfokuskan pada portfolio pasaran utama di Amerika Syarikat (AS).

"Selain AS, beberapa pasaran lain termasuk lah benua Eropah, Amerika Latin dan Australia," katanya dalam ucapan persidangan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini.

Tambah Dara, dia kurang bersetuju dengan arahan tersebut sebaliknya memilih untuk mengembangkan perkhidmatan berkenaan ke beberapa pasaran lain yang berpotensi.

Jelasnya, dia optimis Uber bakal meraih keuntungan menjelang tahun 2022 nanti.

Bagi memperoleh keuntungan, Uber perlu terlibat dalam penjualan saham perdana atau Initial Public Offering (IPO) bermula awal tahun depan (2019).

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesemua 200 unit EV tersebut akan mula beroperasi bermula seawal 2019 dengan jangkaan penjimatan…
Berita Domestik
Untuk cabaran Proton WOW ini, seramai 2,181 pemandu Grab telah direkrut sejak 10 Julai sehingga 29…
Berita Domestik
Kenyataan Rasmi dari Grab Malaysia Bagi pihak keluarga Grab, kami ingin mengucapkan takziah kepada…