GR Super Sport - Hypercar pertama daripada Toyota?

oleh Mohamad Hanif|
Meraikan kejayaan Toyota di dalam perlumbaan berprestij Le Mans 24H tahun ini, syarikat pengeluar daripada Jepun itu kini mengorak langkah baharu dengan memperkenalkan model GR Super Sport, sebuah konsep hypercar yang kini disahkan memasuki fasa pembangunan
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertama kali diperkenalkan pada Tokyo Auto Salon 2018, Toyota GR Super Sport menampilkan penggunaan enjin bentangan V6 twin-turbo hibrid yang diwariskan daripada TS050 Hybrid LMP1 menghasilkan 1,000 kuasa kuda.

 

 

Toyota juga mengesahkan bahawa fasa pembangunan 'super sport car' generasi seterusnya telah pun bermula.

Ia menggunakan kombinasi sistem elektrik hibrid dan penggunaan bahan api daripada pasukan WEC Toyota Gazoo Racing yang terbukti di litar lumba sejak enam tahun yang lalu.

Dengan pengenalan hypercar baharu ini, ia merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh Toyota sejak produksi supercar Lexus LF-A yang dikuasakan oleh enjin 4.8 liter V10 Yamaha itu diberhentikan pada tahun 2012.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…