Jam tangan edisi terhad Fastback Drift Mercury ini menampilkan binaan casis 44 mm yang diperbuat daripada karbon tempa, aluminium anodiza, titanium dan seramik.
Sistem pergerakan automatik 2824-2 yang digunakan pada jam ini dilindungi oleh kaca kristal kalis calar dan penutup belakang yang turut diperbuat daripada bahan titanium dan kaca sapphire, menawarkan perlindungan kalis air sedalam 100 meter.
Selain daripada itu, penggunaan bahan aluminium anodiza boleh didapati pada bebibir dial dan juga cakera satelit, sementara struktur bezel pula diperbuat daripada seramik hitam yang digilap.
Untuk memastikan jam tangan ini lebih bergaya, Fastback Drift Mercury didatangkan dengan binaan tali jam hibrid getah FKM dan Alcantara, dan pin kancing yang diperbuat daripada bahan titanium gred 5.
Hanya 50 unit sahaja jam tangan Gorilla Fastback Drift Mercury yang akan dihasilkan untuk satu dunia, dan ia dijual pada harga RM24,200 di pasaran Malaysia.