Gorgona Cars hasilkan Naked Monoposto+, tempat duduk tambahan, lebih ringan!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Gorgona Cars sebelum ini pernah tampil dengan sebuah projek yang dinamakan sebagai Naked Monoposto (monoposto bermaksud kereta tempat duduk tunggal), di mana ia hanya mempunyai ruang pemandu sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, mereka mengembangkan lagi projek tersebut dengan menambah sebuah model baharu bergelar NM+, di mana simbol + itu tadi merujuk kepada dua tempat duduk.
 

BMN+


Model asal NM tempat duduk tunggal sebenarnya sudah disifatkan sebagai sebuah model yang ekstrem dalam barisan produk Gorgona Cars.

Namun untuk model NM+, Gorgona telah membuat beberapa penambahbaikan, seperti bonggol tambahan yang melindungi bar oleng di belakang tempat duduk yang kini diperbuat daripada bahan gentian karbon, berbanding gentian kaca pada model NM.

Sementara hud asal telah digantikan dengan hud aluminium.
 

NM+


Secara keseluruhan, berat NM+ sekitar 800 kg itu kini menyamai model NM walaupun dengan tambahan tempat duduk untuk penumpang.

Selain daripada aspek aerodinamik yang ditambahbaik, Gorgona turut menjadikan casis NM+ lebih tegar berbanding casis Miata NA standard dengan meninggikan bahagian ambang pintu, di mana perubahan ini menjadikan pintu sisi lebih pendek.

Enjin asal Miata NA telah dibuang, dan digantikan dengan nadi moden Skyactiv-G 2.0 liter generasi terkini MX-5.
 

NM+


Dengan modifikasi yang ditawarkan, enjin tersebut mampu menghamburkan kuasa setinggi 217 hp dan 225 Nm.

Setakat ini, harga jualan masih belum diumumkan.

 

Model Asal Naked Monoposto - tempat duduk tunggal!