Kerusi kulit Vienna tersebut merupakan pelengkap kepada senarai aksesori R-Line yang turut meliputi bumper hadapan dan belakang, spoiler belakang, serta lencana R-Line pada gril hadapan dan sisi kenderaan.
Menggunakan enjin turbo 1.4 liter TSI dan digandingkan dengan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan, Golf R-Line mampu menghamburkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm yang hadir pada julat 1,500 - 3,500 rpm putaran enjin.
Golf R-Line dengan tambahan kerusi kulit Vienna tadi kini dijual pada harga RM159,888 atau dengan ansuran bulan serendah RM1,669 tertakluk kepada terma dan syarat.